Salam Sejahtera dan Selamat Datang

Ini adalah blog peribadi. Apa yang saya tulis adalah dari pengalaman atau pendapat saya sendiri kecuali saya nyatakan sumbernya. Mohon maaf kalau ada yang berkecil hati. Sila beri teguran jika ada yang tidak betul. ^_^


Pengikut

Isnin, 2 Ogos 2021

Menjadi Orang Limbang

Kami telah berpindah ke Limbang sejak Januari 2021. No no.. bukan kerana saya mendapat kenaikan pangkat tetapi saya hanya melalui proses 'job rotation'.

Perpindahan kami sekeluarga ke Limbang bukanlah sesuatu yang kami raikan. Saya terpaksa berhenti pengajian Master saya atas alasan jauh. Saya kerugian kos bayaran yuran sebanyak 4 ribu ringgit. Kesihatan saya juga kurang memuaskan dan perlu rawatan susulan di Hospital Normah. Selain itu, masalah Easter yang kini berada di tingkatan 2 di sebuah sekolah berasrama penuh di Kuching. Limbang - Kuching bukanlah dekat. Limited flight dan kalau nak drive memakan jarak 900km termasuk terpaksa merentas Negara Brunei.

Apapun, saya tidak ada pilihan. Rayuan saya ditolak 😔. Saya akur dengan prinsip 'An Honour To Serve' dan berjanji untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk Limbang. Saya percaya ada hikhmah disebalik perpindahan saya ke Limbang 😃.

 

Plaza Limbang, Limbang, Sarawak


Isnin, 16 November 2020

Ada Kucing Beranak di Parking Rumah

Minggu lepas ada kucing beranak di parking rumah. Anak-anak excited semacam. Mereka tak pernah ada kucing sendiri. Ni lah peluang dorang nak pegang-pegang anak kucing kan. hehehe

Saya post gambar kucing ni dalam whatsapp group taman perumahan dan akhirnya jumpa tuan dia. Tapi kami deal yang kucing tu akan berada kat situ sampai anak-anak kucing ni besar. Kalau dia ambik sekarang takut nanti mak kucing tu tak suka dan bawa lari anak-anak dia. Jiran kata memang sifat kucing macam tu. Saya cuma kata oooo sahaja. haha


Apa namamu wahai kucing?





4 ekor anaknya. Panjang gak bulu tak seperti maknyeee


Satu perkara saya terfikir. Kucing datang rumah ibaratkan tetamu. Jadi saya perlu la sediakan makanan dia juga. So tanya lagi si jiran, kucing awak makan apa? Dia jawab "makan biasa2 je". (garu kepada.. apa makanan biasa bagi kucing ha??)

Saya search la sikit cara masak makanan (wetfood) kucing. Masa yang sama saya teringat mak saya di kampung ada bela kucing dan kucing dia makan nasi dan lauk ikan. Maka saya pun masaklah lauk untuk mak kucing ni. 

 Bahan-bahan wetfood:

  • 4 ekor Ikan kembung (boleh tukar/tambah ayam)
  • 1/4 Labu
  • sedikit agar-agar tali

Saya main agak-agak je bahan. Labu tu bila dah potong lebih kurang jumlah ikan tu juga. Semua saya rebus dan lenyek. Tulang ikan saya buang takut kucing tercekik. Kepala saya tak buang. Then saya letak dalam bekas. sebahagian masuk chiller. sebahagian lagi frozen. Yang chiller tu tahan utk 1 minggu. frozen saya simpan plastik2 kecil. Nanti nak bagi makan, ambil la 1 pek dan defrost. (Saya takde simpan gambar wetfood frozen ni)

Mayau (Bahasa Iban) = Kucing


Kebaikan labu pada kucing

Serat

Serat adalah bahan yang tidak dapat diuraikan oleh enzim dalam badan. Kebaikan serat pada kucing adalah seperti berikut:

Kawalan berat— Serat memberikan kucing anda kenyang walaupun kalori yang diambil adalah sikit. Ini membantu dalam pengurangan berat berat kucing yang obesiti.

 

Rawatan cirit birit — Labu mempunyai serat yang boleh larut dan ini membantu dalam penyerapan air yang berlebihan di dalam perut sekali gus membantu dalam penyembuhan atau pengurangan cirit birit. Jika kucing anda masih cirit birit lebih 24jam sila bawa ke veterinar berhampiran.

 

Sembelit— Sebaliknya, labu mempunyai serat yang tinggi yang boleh berfungsi sebagai julap. Kombinasi serat dan lembapan bagus untuk memudahkan pembuangan najis kucing.

 

Rawatan hairballHairball juga boleh dilegakan dengan labu melalui mekanisma sama seperti ia melegakan sembelit pada kucing.

 

Kandungan Nutrisi:

  • Vitamin A : Membantu dalam mengekalkan kesihatan sistem imun kucing dan memberi penglihatan yang baik.
  • Vitamin C : Membantu dalam reaksi enzim dan sintesis kolagen.
  • Vitamin E : Merupakan antioksida yang larut dalam lemak dan pemangkin aktiviti enzim
  • Alpha Karoten : Antioksida yang mengelakkan kerosakan pada sel
  • Kalsium : Menyokong fungsi sitoplasma dan memineralkan tulang dan gigi
  • Zat Besi : Menyumbang kepada respiratori selular, oksidasi dan penghasilan hemoglobin
  • Lutein : Menyumbang kepada kesihatan mata, kulit dan bulu kucing

Selasa, 23 April 2019

Easter Terpijak Paku

Hasben hantar gambar. Easter terpijak paku. Dimana? Bagaimana? Dia tidak beritahu pula. Semoga baik2 ya anak mama..

Saya gtau kat hasben yg saya nak bagi easter megadose vitamin c supaya cepat sembuh luka dia. Vitamin C shaklee tak boleh nak buat megadose sebab dia ada campuran bahan lain.

Tau apa megadose? Utk easter yg sedang mengalami kecederaan ni maybe memerlukan lebih 10,000mg vitamin c sehari. Ada cara pemberian dia.. korang jgn follow semberono. Kang tercirit birit susah pula.

 Apapun, rawatan mengunakan kaedah vitamin C ni dah zaman-berzaman org buat sebenarnya. Tetapi ia ditenggelami oleh kaedah perubatan moden yang mungkin lebih ringkas, mudah dan berkesan. Kita ikhtiar je dulu. Ilmu perubatan sangat luas. 

err.. selain tu, maybe nak sapu copaiba essential oil juga. 

MA sedang cuci kaki Easter. Agak- agak sakit tak?

Ahad, 24 Februari 2019

Kolestrol Saya Tinggi

I am back. Setahun saya tidak menyentuh blog ini. Hari ini saya kembali terus ambik gear 5. Cerita pasal kolestrol. 😵😵😵


Last year bacaan kolestrol saya memang tinggi juga. Tak silap 5.7. Bacaan kadar kolestrol normal perlu kurang daripada 5.2. Masa tu saya kurang ambil peduli. Sehingga pada suatu hari,,, saya ke farmasi dan buat blood test utk kolestrol. Sekali result 7.11 😭😭😭 



Tanpa membuang masa terus beli susu omega. Sehingga hari saya menaip entry ini saya masih berjaya mengekalkan rekod minum susu omega 2x sehari. Masa yang sama saya letak oat ke dalam susu omega. Lama-kelamaan rasa bosan pula minum oat dan susu sahaja. So add lah organic dried mulberry. Sedap mulberry ni.. eh, terbeli pula rolled oat. Hajat nak buat overnight oat. 


Bulan depan saya akan update rekod kolestrol saya. Pembaca yang budiman.. mohon doa dari korang untuk doakan semoga kolestrol saya berjaya diturunkan..

Selasa, 20 Februari 2018

I am fine

Kadang-kadang kita mahu meluahkan perasaan tetapi sukar untuk diluahkan. Cuba untuk memujuk diri sendiri dan mengharapkan orang lain faham diri kita tetapi hampa. Balik-balik akan salah pada diri kita juga. Yang mungkin dikata pentingkan diri. Yang mungkin dikata mengada-ngada.

Saya ingin menjadi seorang superwoman tetapi saya hanya seorang wanita biasa yang mempunyai hati dan perasaan. Doakan saya untuk terus kuat dan tidak mudah patah semangat. 


Selasa, 13 Februari 2018

Face Oil Pure By Safiyyah Osman

Esa Golden Jojoba Face Oil. Ini adalah botol kedua. Kali ni beli dari shopee sebab harga murah dan boleh dapat free postage. 😂😂 Sebelum ni saya beli dari IG. Botol pertama dulu saya beli pada bulan Nov 2017. Maknanya lama juga nak habiskan sebotol 30ml ni. Lebih kurang 4 bulan sebab botol yang pertama tu masih belum habis.
 
Dapat free gift dry herb (boleh guna letak dalam air panas dan stim muka)



Personel Review dan Ikhlas:
Walaupun iaya oil tapi tidak menyebabkan muka berminyak. Saya pakai face oil ni selepas pakai toner atau nama penuh dia Esa Lavandula Mist Toner. hehehe.. nak sebut pun berbelit lidah. Just guna setitik utk seluruh wajah dan setitik utk leher. Kadang-kadang terlebih titik minyak, saya sapu kat rambut 😀😀. Actually kulit wajah saya tidak ada apa-apa masalah. Tidak putih, tidak gelap, tidak berjerawat. Cuma kulit muka saya jenis kombinasi. Dahi berminyak tapi pipi kulit normal. 

Anyway, apa yang menariknya face oil ni, ianya ada natural SPF24 dan ia adalah produk natural. Bukan produk timbang kilo tetapi ianya dibuat daripada bahan-bahan alami Jojoba Oil, Pure Lavender Oil, Sweet Almond Oil, Apricot Kernel Oil, Flaxseed Oil, Roseshio Seed Oil dan Vit E Oil. Hopefully lepas lama2 pakai kulit wajah saya bertambah poleles. kahkahkah...

Jom kembali ke produk natural!

Rabu, 7 Februari 2018

Me Time With Indai

Nota:
Indai =  bahasa Iban yang bermaksud 'Emak'

Indai mengadu mata dia tak berapa ok. Jadi dia bercadang mahu ke klinik mata tempat dia selalu refer sebelum ni di Ling Eye Specialist di Jalan Kulas, Kuching (Satok). Adik saya si Daha kata dia boleh hantar dan temankan indai tapi hanya waktu petang sahaja sebab pagi sampai tengahari dia kena hantar dan ambil anak-anak dari sekolah. Kakak saya si Endu diam tak komen apa-apa so rasanya dia memang tak sempat. Busy dengan minit mesyuarat DUN dia. 

Last-last saya decide untuk bercuti sehari untuk temankan indai ke klinik. Siap google lokasi dan merancang perjalanan sebab saya memang tak berapa OK untuk drive ke tempat yang saya tak biasa. Panic attack. hehehehe..


Dipendekkan cerita, pada hari semalam, saya pun bercuti dan menjemput indai di rmh pada pukul 830 pagi. Indai kata, harap2 adalah parking sebab kami agak lewat. Psiko betul indai ni. Saya lewat sebab temankan suami breakfast di Megabite. Dia tak kerja sebab tak berasa sihat setelah 2 hari berhujan di stadium / sukan. 

Syukur sampai di Klinik dengan selamat tanpa sesat. hahaha.. parking pun ada kosong di hadapan klinik. Indai sampai klinik terus naik ke atas dan tak ramai orang. Kami sampai pkl 9 pagi.. tak sampai 1 jam kami dah settle. si Daha pun terkejut sebab kami siap urusan dengan cepat.

Disebabkan bnyak masa lagi, saya ajak indai jalan2 di Matang Mall. Indai kata dia tak pernah lagi menjejak kaki ke Matang Mall. Hihihi.. Kesian Indai. tinggal di Matang tapi lom pernah ke Matang Mall. 

Sebelum ke Matang Mall, kami makan kolo mi dulu.. not bad. Sedap juga walaupun kolo mi vegetarian.

Kolo mi Vegetarian

Anyway, saya enjoy ber ME time dengan Indai. Only two of us. Balik sampai rumah pukul 2.30. Kepenatan kaki berjalan. Mata mengantuk. Suami asyik wasap nak jumpa dia dimana. Adoi lah suamiku. It's ok. Next time saya temankan Indai lagi. Rindu sangat Indai. Bukan selalu dia nak berjalan-jalan seperti ini.
 

Membelek bulb lampu

Membelek gergaji. Nak potong kayu katanya. 😃😃


Belek cawan

Troli kami. huhuhu