Indai = bahasa Iban yang bermaksud 'Emak'
Indai mengadu mata dia tak berapa ok. Jadi dia bercadang mahu ke klinik mata tempat dia selalu refer sebelum ni di Ling Eye Specialist di Jalan Kulas, Kuching (Satok). Adik saya si Daha kata dia boleh hantar dan temankan indai tapi hanya waktu petang sahaja sebab pagi sampai tengahari dia kena hantar dan ambil anak-anak dari sekolah. Kakak saya si Endu diam tak komen apa-apa so rasanya dia memang tak sempat. Busy dengan minit mesyuarat DUN dia.
Last-last saya decide untuk bercuti sehari untuk temankan indai ke klinik. Siap google lokasi dan merancang perjalanan sebab saya memang tak berapa OK untuk drive ke tempat yang saya tak biasa. Panic attack. hehehehe..
Dipendekkan cerita, pada hari semalam, saya pun bercuti dan menjemput indai di rmh pada pukul 830 pagi. Indai kata, harap2 adalah parking sebab kami agak lewat. Psiko betul indai ni. Saya lewat sebab temankan suami breakfast di Megabite. Dia tak kerja sebab tak berasa sihat setelah 2 hari berhujan di stadium / sukan.
Syukur sampai di Klinik dengan selamat tanpa sesat. hahaha.. parking pun ada kosong di hadapan klinik. Indai sampai klinik terus naik ke atas dan tak ramai orang. Kami sampai pkl 9 pagi.. tak sampai 1 jam kami dah settle. si Daha pun terkejut sebab kami siap urusan dengan cepat.
Disebabkan bnyak masa lagi, saya ajak indai jalan2 di Matang Mall. Indai kata dia tak pernah lagi menjejak kaki ke Matang Mall. Hihihi.. Kesian Indai. tinggal di Matang tapi lom pernah ke Matang Mall.
Sebelum ke Matang Mall, kami makan kolo mi dulu.. not bad. Sedap juga walaupun kolo mi vegetarian.
Kolo mi Vegetarian |
Anyway, saya enjoy ber ME time dengan Indai. Only two of us. Balik sampai rumah pukul 2.30. Kepenatan kaki berjalan. Mata mengantuk. Suami asyik wasap nak jumpa dia dimana. Adoi lah suamiku. It's ok. Next time saya temankan Indai lagi. Rindu sangat Indai. Bukan selalu dia nak berjalan-jalan seperti ini.
Membelek bulb lampu |
Membelek gergaji. Nak potong kayu katanya. 😃😃 |
Belek cawan |
Troli kami. huhuhu |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan