Kami telah berpindah ke Limbang sejak Januari 2021. No no.. bukan kerana saya mendapat kenaikan pangkat tetapi saya hanya melalui proses 'job rotation'.
Perpindahan kami sekeluarga ke Limbang bukanlah sesuatu yang kami raikan. Saya terpaksa berhenti pengajian Master saya atas alasan jauh. Saya kerugian kos bayaran yuran sebanyak 4 ribu ringgit. Kesihatan saya juga kurang memuaskan dan perlu rawatan susulan di Hospital Normah. Selain itu, masalah Easter yang kini berada di tingkatan 2 di sebuah sekolah berasrama penuh di Kuching. Limbang - Kuching bukanlah dekat. Limited flight dan kalau nak drive memakan jarak 900km termasuk terpaksa merentas Negara Brunei.
Apapun, saya tidak ada pilihan. Rayuan saya ditolak 😔. Saya akur dengan prinsip 'An Honour To Serve' dan berjanji untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk Limbang. Saya percaya ada hikhmah disebalik perpindahan saya ke Limbang 😃.
Plaza Limbang, Limbang, Sarawak |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan