Minggu lepas ada kucing beranak di parking rumah. Anak-anak excited semacam. Mereka tak pernah ada kucing sendiri. Ni lah peluang dorang nak pegang-pegang anak kucing kan. hehehe
Saya post gambar kucing ni dalam whatsapp group taman perumahan dan akhirnya jumpa tuan dia. Tapi kami deal yang kucing tu akan berada kat situ sampai anak-anak kucing ni besar. Kalau dia ambik sekarang takut nanti mak kucing tu tak suka dan bawa lari anak-anak dia. Jiran kata memang sifat kucing macam tu. Saya cuma kata oooo sahaja. haha
Apa namamu wahai kucing? |
4 ekor anaknya. Panjang gak bulu tak seperti maknyeee |
Satu perkara saya terfikir. Kucing datang rumah ibaratkan tetamu. Jadi saya perlu la sediakan makanan dia juga. So tanya lagi si jiran, kucing awak makan apa? Dia jawab "makan biasa2 je". (garu kepada.. apa makanan biasa bagi kucing ha??)
Saya search la sikit cara masak makanan (wetfood) kucing. Masa yang sama saya teringat mak saya di kampung ada bela kucing dan kucing dia makan nasi dan lauk ikan. Maka saya pun masaklah lauk untuk mak kucing ni.
Bahan-bahan wetfood:
- 4 ekor Ikan kembung (boleh tukar/tambah ayam)
- 1/4 Labu
- sedikit agar-agar tali
Saya main agak-agak je bahan. Labu tu bila dah potong lebih kurang jumlah ikan tu juga. Semua saya rebus dan lenyek. Tulang ikan saya buang takut kucing tercekik. Kepala saya tak buang. Then saya letak dalam bekas. sebahagian masuk chiller. sebahagian lagi frozen. Yang chiller tu tahan utk 1 minggu. frozen saya simpan plastik2 kecil. Nanti nak bagi makan, ambil la 1 pek dan defrost. (Saya takde simpan gambar wetfood frozen ni)
Mayau (Bahasa Iban) = Kucing |
Kebaikan labu pada kucing
Serat
Serat adalah bahan yang tidak dapat diuraikan oleh enzim dalam badan. Kebaikan serat pada kucing adalah seperti berikut:
Kawalan berat— Serat memberikan kucing anda kenyang walaupun kalori yang diambil adalah sikit. Ini membantu dalam pengurangan berat berat kucing yang obesiti.
Rawatan cirit birit — Labu mempunyai serat yang boleh larut dan ini membantu dalam penyerapan air yang berlebihan di dalam perut sekali gus membantu dalam penyembuhan atau pengurangan cirit birit. Jika kucing anda masih cirit birit lebih 24jam sila bawa ke veterinar berhampiran.
Sembelit— Sebaliknya, labu mempunyai serat yang tinggi yang boleh berfungsi sebagai julap. Kombinasi serat dan lembapan bagus untuk memudahkan pembuangan najis kucing.
Rawatan hairball— Hairball juga boleh dilegakan dengan labu melalui mekanisma sama seperti ia melegakan sembelit pada kucing.
Kandungan Nutrisi:
- Vitamin A : Membantu dalam mengekalkan kesihatan sistem imun kucing dan memberi penglihatan yang baik.
- Vitamin C : Membantu dalam reaksi enzim dan sintesis kolagen.
- Vitamin E : Merupakan antioksida yang larut dalam lemak dan pemangkin aktiviti enzim
- Alpha Karoten : Antioksida yang mengelakkan kerosakan pada sel
- Kalsium : Menyokong fungsi sitoplasma dan memineralkan tulang dan gigi
- Zat Besi : Menyumbang kepada respiratori selular, oksidasi dan penghasilan hemoglobin
- Lutein : Menyumbang kepada kesihatan mata, kulit dan bulu kucing
Tiada ulasan:
Catat Ulasan