I am back. Setahun saya tidak menyentuh blog ini. Hari ini saya kembali terus ambik gear 5. Cerita pasal kolestrol. 😵😵😵
Last year bacaan kolestrol saya memang tinggi juga. Tak silap 5.7. Bacaan kadar kolestrol normal perlu kurang daripada 5.2. Masa tu saya kurang ambil peduli. Sehingga pada suatu hari,,, saya ke farmasi dan buat blood test utk kolestrol. Sekali result 7.11 ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
Tanpa membuang masa terus beli susu omega. Sehingga hari saya menaip entry ini saya masih berjaya mengekalkan rekod minum susu omega 2x sehari. Masa yang sama saya letak oat ke dalam susu omega. Lama-kelamaan rasa bosan pula minum oat dan susu sahaja. So add lah organic dried mulberry. Sedap mulberry ni.. eh, terbeli pula rolled oat. Hajat nak buat overnight oat.
Bulan depan saya akan update rekod kolestrol saya. Pembaca yang budiman.. mohon doa dari korang untuk doakan semoga kolestrol saya berjaya diturunkan..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan