Salam Sejahtera dan Selamat Datang

Ini adalah blog peribadi. Apa yang saya tulis adalah dari pengalaman atau pendapat saya sendiri kecuali saya nyatakan sumbernya. Mohon maaf kalau ada yang berkecil hati. Sila beri teguran jika ada yang tidak betul. ^_^


Pengikut

Rabu, 4 Oktober 2023

Elora Demam

Yaya demam on off masuk hari ke 5. Dia dapat cuti sakit harini tapi saya bawa dia ke office sebab saya tak dapat cuti (cuti tak banyak tinggal). Kat office, dia dpt rehat juga. Tengok pemandangan bandar Limbang, nonton youtube/netflix kat tab, kemudian tidur di kerusi yang saya susun 😂.

Selasa, 3 Oktober 2023

EXAM PKSK 2023

Tarikh exam PKSK untuk abang Arthur dah pun diketahui. Abang Arhur sebenarnya tak berminat untuk masuk asrama tingkatan 1 nanti tapi saya tetap galakkan dia untuk hadir exam PKSK ni sebab mahu dia ada merasai sendiri suasana exam selain dari exam sekolah. 

Apapun, persiapan ulangkaji abang Arthur adalah sederhana sahaja. Tidak ada paksaan. Cuma... jauh di sudut hati saya tetap berharap kalau dia berjaya mendapat tempat di SBP atau MRSM dan seterusnya berharap supaya dia setuju untuk masuk asrama 😅.

Khamis, 26 Ogos 2021

Kampung Limpaku Pinang, Limbang

Kali ini saya melawat ke Kampung Limpaku Pinang, Limbang atas urusan kerja. Secara ringkasnya perkampungan Limpaku Pinang ini terletak kira-kira 15-20 minit menaiki bot laju. Buat masa ini (2021) perkampungan ini hanya dapat dihubungi melalui laluan sungai sahaja.

Pekerjaan utama penduduk Kampung Limpaku Pinang adalah nelayan tetapi rumah kediaman mereka kelihatan baik, cantik dan dijaga dengan rapi walaupun serba kekurangan dari segi kemudahan fasiliti seperti tiada bekalan air dan jalan darat. Walaubagaimanapun, kampung ini telah mempunyai bekalan elektrik.

Seorang sahabat saya pernah bertanya, adakah pemilikan rumah di kampung atas air memiliki geran? Jawapannya tidak. Tetapi perkampungan ini telah diwarta sebagai sebuah perkampungan dan sebarang pembinaan bangunan tambahan perlu dipantau serta mendapat persetujuan daripada Lembaga Sungai-Sungai Sarawak.

Pendapat peribadi saya menyatakan bahawa perkampungan ini sangat cantik dan damai. Jika diberi peluang untuk bermalam di sini sudah pasti saya sanggup walaupun tidak ada talian telefon. hehehe..


Gambar Udara Google Kampung Limpaku Pinang


Kali ini kami menaiki bot daripada Sarawak River Board


Bersama rakan sepejabat. Misa Comel 😀


Kelihatan Jambatan Brunei Yang Terpanjang Di Asia Tenggara nun di sana


Rumah kampung. Bot parking di bawah rumah sahaja


Pemandangan yang damai. Cantik!


Ada yang berbasikal. Kalau saya.. kemungkinan besar akan masuk sungai. hehehe


Tiada halangan untuk menghias rumah dengan tanaman pokok bunga. 


Saya 😘


Chickenchop Bezbos Station Limbang

IF Day 25 
Harini saya nak buat Omad dan Liver detox serentak. Agak menyeksakan sebab syarat liver detox tak boleh makan protein. Jadi semasa window eating pukul 1 tengahari saya hanya makan 1 senduk nasi, secekak ulam pegaga dan sebiji epal.

Balik kerja.. suami ajak makan chickenchop pula.. dugaannn.. tapi saya tak makan. Saya hanya minum tea o kosong. Harap2 saya berjaya bertahan buat omad sehingga pkl 1 esok. 😅😅

Review chickenchop:
Suami saya kata not bad tapi still tak boleh celen chickenchop di Gerai Pak Yob, berhadapan sekolah SK Setiawangsa, KL. Semoga Pak Yob dapat bertahan. Covid selesai nanti kami ke KL, nak makan chickenchop pak yob 😍.

chickenchop Bezbos Station, Batu Niah, Limbang

Khamis, 5 Ogos 2021

MUSIM BUAH DURIAN DI LIMBANG

Selama ini saya tak pernah ambil tahu apa yang terjadi di Limbang. Tidak pernah bermimpi pun untuk bekerja di Limbang sebab saya takut untuk memikirkan nasib berjauhan dengan ibu-bapa sepertimana ketika saya bekerja di KL dulu.

Bila dah berada di Limbang, rupa-rupanya tidak lah seteruk yang saya fikirkan. Saya berjaya untuk tidak homesick. Saya alihkan perhatian saya. Saya fokus untuk explore dan bercerita mengenai Limbang. Selalunya saya bercerita di Facebook saya sehinggalah suatu hari kawan saya si Misa kata dia seronok membaca catatan saya di Limbang dan beri idea untuk saya menulis blog. Dari situlah timbul semangat untuk saya update semula blog ini dan terus bercerita setiap pengalaman saya untuk dibaca di kemudian hari.

Musim buah di Limbang rasanya dah sampai ke kemuncak. Harga buah durian di Limbang sekarang ni jatuh sehingga RM2-RM3 sebiji berbanding minggu lepas harganya RM25 sekilo. Anak-anak pun dah nampak jemu makan durian. Saya plan nak buat lempuk durian atau nak buat tempoyak. Pandai ke saya buat semua tu? hahaha


Durian Ketupat Saiz Kecil. Manis & Sangat Juicy.. yummmehh


Mereka Jual Di Tepi-Tepi Jalan Sahaja 😃


Stok Durian Saya Sekarang. Buah Yang Saya Cadang Nak Buat Tempoyak dah Sedikit Lempuk



 

Rabu, 4 Ogos 2021

BILIK PDPR / ONLINE TUITION UNTUK ANAK-ANAK

Sebenarnya bilik ni adalah bilik tidur untuk Arthur. Tetapi Arthur lebih suka tidur di lantai di bilik master. Sabar jela. Jadi, bilik ni jarang orang guna. Hanya berfungsi untuk Arthur tukar baju sahaja. Dari situlah timbul idea saya ubahsuai perabot di dalam bilik ni jadikannya bilik untuk anak-anak belajar. 

Saya tak beli meja dan saya guna meja yang sedia ada di dalam kuarters ni. Saya hanya tambah beli kerusi plastik sahaja. Meja besar tu adalah meja di dapur yang jarang saya guna sebab dah ada meja makan yang lebih besar. Saya fikir daripada tak digunakan adalah lebih baik jika anak-anak guna sebagai meja belajar. 😃

2 meja kecil tu pada asalnya adalah meja tepi katil untuk letak lampu tidur (agaknya). Kami takde lampu tidur jadi meja kecil ini pun tak digunakan. Maka elok kalau digunakan sebagai meja belajar untuk mereka yang bersaiz comel. hahaha..

Yang bestnya, bila mereka PDPR atau online tuition, saya akan duduk like a boss di atas katil sambil skrol handphone.. tengok youtube ke 👀

 

Atas katil ni juga lah si Neon pernah berak dengan jayanya. Karibang rebus punya kucing 😆

 

Selasa, 3 Ogos 2021

Mell Belajar Membaca

Mell kini berada di Darjah 2. Semasa mula-mula masuk darjah 2 saya dan suami sedar yang Mell terlalu banyak ketinggalan gara-gara kurangnya kelas secara bersemuka dan yang paling teruk.. dia belum pandai membaca 😞😞.

Apa yang kami buat, kami hantar dia ke kelas membaca bersama Program Masalah Membaca Limbang. Dari kelas ini, Mell ada banyak peningkatan. Dia dah boleh membaca suku kata tetapi masih belum lancar. Malangnya kelas terpaksa dihentikan sementara kerana PKP. Maka terpaksalah saya mengajar sendiri Mell membaca.

Selain dari mengajar sendiri Mell di rumah, saya cari kelas membaca online untuk dia. Syukur dipermudahkan urusan, saya terjumpa iklan di FB yang menawarkan kelas membaca secara online dengan kadar bayaran RM20/sebulan. Kelasnya 2 kali seminggu. Berbaloi kan? Tambahan pula, Mell seronok belajar membaca sebab cikgu dia baik dan sabar je melayan karenah anak murid. hehe..

Mell mula join kelas membaca secara online ni pada bulan Julai dan masuk bulan kedua di kelas ni. Yang bagusnya sekarang Mell dah boleh membaca. Tahniah Mell anak mama yang cantik. Teruskan usaha Mell. Mama masih mahu Mell join kelas online ni untuk membolehkan Mell lebih lancar membaca. 😘


Sebelah Mell tu Kakak Easter sedang kelas online juga. Nanti saya ceritakan kelas dia pula.


Gambar dihantar oleh Cikgu Huda. Boleh nampak di mana Mell?

 Jika ada yang berminat untuk hantar anak membaca, boleh hubungi Cikgu Farah, 0137742853 (Iklan percuma dari saya)