Rabu, 2 Mei 2012

Permohonan Hadiah Latihan Persekutuan Kali Yang Ke-2

Syl mohon kali kedua atas desakan suami. (Tahun lepas pun dia desak juga). Offer ni memang bagus. Cuti belajar + gaji + biasiswa. Kalau dapat. Memang best. 

Tahun lepas bukan rezeki Syl walaupun berhari2  Syl  perah otak untuk buat proposal. huhuhu. Kali ni,  Syl  dapat tahu offer ni pun dah last minute. Tinggal 2 hari je nak tarikh tutup. pengsan.. Tak sempat nak isi borang kat office,  Syl  isi kat rumah. Info sama seperti tahun lepas. Cuma nak update umur dan jumlah anak. Tahun lepas apply ketika dak AG masih belum lahir. So, memang kena update.

Disebabkan last minute,  Syl  hanya hantar proposal yang lama. Selamba je hantar proposal yang  Syl  print tahun lepas sebab soft copy dalam pendrive hilang. hikhik.

Oh..  Syl  mohon Pengajian Sarjana Sains Sosial (Sains Pembangunan), UKM. Semoga ada rezeki  Syl sebab bidang ni memang minat Syl.

- Rasanya macam ni la Syl kalau cuti belajar. hehe -

Khamis, 26 April 2012

Nak Tayang Henpon Nokia C3 saya .. hadehhh

Entry ni dibuat khas kerana Syl tetiba gatal teringin nak henpon baru.
Tujuannya semata2 mahu mengingatkan diri Syl betapa 'manisnya' henpon C3 ini.
Walaupun C3 tidak sehebat / seglamer Iphone atau Samsung Tab.. ia banyak berjasa buat Syl.
  • Syl guna hp untuk sms dan call je. Sesuai la C3 kan.
  • C3 ada wireless internet. Office syl takde wireless tpi rumah Syl boleh tarik wireless sekolah sebelah. hehe
  • Kalau outstation gi meeting kat hotel yg ada wireless internet,, C3 sedia berkhidmat untuk Syl
  • Slalu jatuh. Tapi orait je.
  • Pernah jatuh dalam tandas. Syl geli. Syl basuh habis-habisan. Biar seminggu bagi kering. On semula.. pakai semula. hahhaa. Idup lagi ye ko C3.
  • Kemera dia kurang best. takpela. Syl ada kamera Sony yang sentiasa ada dalam handbag.
  • Bateri okay.. charger pun senang nak cari. Kat pasar malam charger nokia harga RM10-15 je. 
hehehe,, maka. Syl rasa tak jadi nak beli hp baru. 
Oyehhhh.. memperkenalkan C3 Syl kepada kalian..taraaaa..
Rupa dah buruk beno. Tapi nampaknya Syl masih sayang kamuu..
*sebenarnya Syl jeles kat enchek Somi yang baru beli Samsung Tab 7+





Rabu, 25 April 2012

Beli Voucher Family Photoshoot dari Groupon

Selalu Syl plan nak buat family photoshoot tapi ada saje masalah.
Biasanya encheck papa yg bermasalah ni.
Tarikh tak sesuai la.
Dia ada kerja kat sekolah la.
Mahal la.. la dan la dan la....

Kali ni tak tau la. (la lagi..)
Dah beli voucher. Tapi tarikh belum booking.
Ingat nak buat bulan Mei. kat Taman Tasik Titiwangsa.. wehuuu..

ehh.. voucher ni sangat murah.
RM39 je.. Pakej termasuk;
1 jam photoshoot indoor atau outdoor
Lokasi outdoor : Titiwangsa, Lake Garden, Bukit Jalil Park, Putrajaya, Jalan Bukit Bintang
2 keping gambar saiz 8R
10 keping gambar saiz 4R
20 soft copy gambar yg edited
20 soft copy gambar yang tak edited
boleh amik gambar sehingga 5 orang. (pakej ni utk 3 orang. tambahan orang perlu bayar RM30/person)

deal masih lagi berjalan.. akan tamat dalam beberapa hari lagi.




Selasa, 24 April 2012

Mak Mertua Kata Nak Sambung Kontrak Jaga Dak AG.. hoyehhh

Sedar tak sedar dah sebulan rupanya Mak berada bersama kami di KL.
Mak jaga dak AG dengan baik sekali.
Sungguh seronok dak AG (mama pun seronok. hehe).
Berat dak AG dah naik dengan baik. Tak lagi di paras bawah graf.
Demam dan batuk pun tidak ada.
Kalau AG menangis malam.. Mak akan turut bangun dan dukung cucunya.
Syukur... 

Mak sepatutnya balik ke Sarawak 1 Mei.
Tapi .. dengan penuh hasrat di dada, Syl berkata dengan sopan santun.
"Seronoknya AG dijaga nenek. Lepas ni terpaksa masuk taska semula. Mak nak tak jaga AG lagi sebulan?"
Mak diam.. kemudian, kakak ipar dari Sri Aman call. 
Mak bersembang di phone dan berkata dia nak jaga AG lagi sebulan. Hoyehhh..


Maka ... sebelum dia bertukar fikiran. Syl minta hasben belikan tiket flight untuk mak.
Gembira tak main2 tau.. Terima kasih Mak. Ilebiu...


Ahad, 15 April 2012

Saya Menghadapi Masalah Perut Buncit

Hehehe.. dlm blog ni syl ada sikap suka berterus terang sikit.
Takpe kan.. nak mengadu.

Alkisahnya Jumaat lepas (13/4/2012) syl ada taklimat di KPKT, Putrajaya.
Ada sorang member ni tegur.. "Syl pregnant lagi ke?" huaaa.. syl kata "buncit ni kak".
Sepanjang taklimat, terngiang2 soalan kakak tu. Pedih.. tapi ianya hakikat.

Sebab-sebab syl buncit;
  1. Tak bertungku semasa berpantang. Bertungku 2-3 hari je. hehe
  2. Banyak minum air. Ibu2 yang breastfeed memang kena extra banyak minum air.
  3. Kuat makan. Ibu2 yang breastfeed memang kerap terasa lapar.
  4. Gemuk. Buncit perut sebab banyak lemak terkumpul kot.
Bila balik rumah. cerita kat enchek suami.
Dia kata.. coverla pakai korset.
Maka.. sekali lagi encheck suami sibuk suruh beli korset.
errrrr.......


Banyaknya lemak terkumpul. Takut I tau..!





Isnin, 9 April 2012

Risaunya Bila Anak Sakit - Demam Virus

Adudu,, lepas sorang.. sorang anak Syl warded.
Syl naik segan dgn kawan2 di office. Kerja Syl bertimbun tak siap gara2 Syl asik cuti.
Semoga dorang faham. Terima kasih sebab cover Syl sepanjang Syl bercuti.
"Bercuti jaga anak ye..."

Syl bawa dak Easter ke klinik pada hari kedua dia demam.
Doc kata, demam tak panas sgt. Tapi dia muntah2 dan cirit birit.
Jika 48 jam dah on antibiotik tapi masih demam memang kena bawa ke hospital.
So, dak Easter telan antibiotik..
(dak Easter sangat mudah telan ubat. tak macam dak AG)
Selepas 48 jam. dak Easter masih demam, muntah2 dan cirit-birit.
Malah suhu mencecah 40.2 darjah celcius.
Enchek Papa tak banyak soal terus hantar kami gi Klinik Kesihatan Tanglin.
Syl gitau doc, anak demam dah banyak hari. Suhu tinggi walaupun dah on antibiotik.
Nurse yang amik suhu Easter pun kata suhu Easter 40 lebih.
Doc bagi paracetamol, buat blood test dan buat sponging lebih kurang 1 jam.
Lepas 1 jam, check suhu lagi. hanya turun sikit tapi masih panas. 39.9 darjah.
Demam tak respon dengan paracetamol. Sponging pun tak membantu.
Bila result darah keluar, platlet 178 dah darah putih rendah.
Normalnya platlet kita 200 ke atas.
Kalau bawah 150 confirm denggi.. tapi easter 178. maybe nak kena denggi kata doc.
Doc dari KK Tanglin refer Easter ke Bahagian Paediatrik, HKL.
-
-
-
Doc KK Tanglin Sedang Tulis Surat Refer Ke HKL
-
-
-

Walaupun demam panas, anak mama masih cantik.

Sampai kat HKL.. doc taknak ambik risiko. Easter perlu warded.
Doc kata.. kena amik darah 6 jam sekali untuk pantau samada denggi atau tak.

Susahnya doc Nak Cari Urat.. Habis 'ditebuk' tangan dan kaki. Meraung dak Easter
-
-
-
Pengalaman buruk.. dak Easter diberi katil bercantum dengan pesakit lain.
... tak cukup katil kot. Sedih..... (Wad KK2, HKL)

Tapi syukur.. dak Easter bukan denggi.
Dia demam virus. (doc kata, demam virus simptom sama cam denggi. sama bahaya).
Sempat jugak 2 malam bermalam di HKL.
HKL ni perkhidmatan doc dan nurse bagus.. tapi pesakit terlalu ramai. memang tak selesa.
ohhh.. KK Tanglin pun bagus. Perkhidmatan doc dan nurse yang mesra.



Selasa, 27 Mac 2012

Mesyuarat Penempatan bagi Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Bil.1/2012 (dup dap.. dup dap..)

Lama dah apply,,
Bukan tak sayang Pejabat Bahagian sekarang ni..
Bak kata Pengarah,, "nak buat camno.. Sylvia dah tak sayang kita"
Iskk.. Manade Syl fikir camtu. Syl sayang aih..
Syl berkhidmat kat pejabat ni hampir 5 tahun.
Jadi Syl fikir,, nak timba pengalaman di tempat lain.. Niat baik tau... Nak cedok ilmu banyak2.
Harapnya.. tidaklah Syl di hantar ke Bahagian yang jauh nunnnn disanaaa..


pssttt; Bila dah dapat emel ni.. hati terasa risau sikit.. berdoa semoga semuanya dipermudahkan.