Salam Sejahtera dan Selamat Datang

Ini adalah blog peribadi. Apa yang saya tulis adalah dari pengalaman atau pendapat saya sendiri kecuali saya nyatakan sumbernya. Mohon maaf kalau ada yang berkecil hati. Sila beri teguran jika ada yang tidak betul. ^_^


Pengikut

Isnin, 29 Januari 2018

Percutian keluarga 3 hari 2 malam ke Sabah

Cerita hujung November 2017 (tahun lepas) tapi baru hari ini saya sempat untuk kongsikan. Mengamalkan prinsip better late than never agaknya. hahahaha

Langsung tiada dalam perancangan untuk bercuti ke Sabah. 2 minggu sebelum bercuti, saya asyik fikir apakah aktiviti untuk family. Rindukan suasana Kuala Lumpur yang hiruk pikuk. dah hampir 2 tahun kami berpindah balik ke Sarawak. Hasben pula dah bagi hint kata 'lama dah tak naik kapal terbang'. hahaha.. kenapa pula saya yang kena fikir semua ini? Jawapan: Sebab saya adalah menteri kewangan keluarga.😅😅

Last2 saya booked flight Air Asia dengan nilai RM2500 (3 dewasa, 3 kanak-kanak dan 1 infant sebab Rara belum berusia 2 tahun so masih dikira infant). Kemudian masalah bila semua homestay penuh. Mujur ada rezeki dan saya menggunakan khidmat agen pelancongan untuk mendapatkan homestay + kereta sewa.

Flight kami adalah 1st flight. Pkl 7.30 pagi dah selamat mendarat di airport KK. Menunggu kereta sewa lebih kurang 15 minit sebab dah janji dengan Tuan Jaya untuk ambil kereta sewa di airport.
No telefon Tuan Jaya tersebut: 013-8836005 (agen). Seterusnya tanpa membuang masa kami sekeluarga terus bertolak ke Kundasang. 

DI KUNDASANG

Berikut adalah butiran yang saya booking dari Tuan Jaya.
  • kereta Alza auto drive sendiri tempoh 2 hari 5 jam (RM200x2) +(5 jam x RM20) = RM500
  • Homestay KIVATU (1 Malam sahaja) RM180 "tapi dia salah info. rupanya tu adalah 1 bilik sahaja. Mujur ada 1 bilik kosong disebelah jadi kena tambah RM120 
  • TOTAL ALL : RM800 
Singgah sebentar makan mi Tuaran tapi maaf not my taste. huhuhu..


Tiket Desa Dairy Farm

Rara taksub tengok bunga-bunga kecil

Ibu Mertuaku

Mell.. beraninya dia

Babi Hutan panggang tepi jalan. hahahaha.. actually tepi-tepi jalan banyak gerai-gerai menjual dengan sign board "SINALAU BAKAS". Buat yang Muslim, tak perlu lah singgah. Ni saya dah tunjuk apa yang dijual. LOL

Harga Babi Hutan panggang..
Cantik kan pemandangan Gunung Kinabalu pkl 6 pagi dari tingkap bilik saya di KIVATU HOMESTAY: (tel - 0168383623)


DI KOTA KINABALU
Kami menginap di Hotel De Galleria (2 bilik standart room with window) dengan nilai sewa bilik total = RM233. Booking melalui Agoda. Terima kasih Agoda. Hotel ini bukanlah hotel mewah tapi bukan juga hotel cikai. Bilik bersih dan cantik. Yang penting selesa. Lokasi berhadapan dengan pasar malam. Senang untuk shopping. hehehehe..

Kena saman oleh Majlis Perbandaran hokehh..

Sekejap je di Pasar Philiphine.. tak puas

Makan malam di Restoren Sri Melaka. Not Bad.. Halal dan recomended

* Ada rezeki kami datang lagi...

2 ulasan:

YB Shehan berkata...

teringin nak sampai sabah sarawak.. moga ada peluang. hehehe

Myluv - Syl berkata...

Kalau ada rezeki ke kuching. Jgn lupa contact saya ya shehan..