Salam Sejahtera dan Selamat Datang

Ini adalah blog peribadi. Apa yang saya tulis adalah dari pengalaman atau pendapat saya sendiri kecuali saya nyatakan sumbernya. Mohon maaf kalau ada yang berkecil hati. Sila beri teguran jika ada yang tidak betul. ^_^


Pengikut

Isnin, 13 November 2017

Pesta Benak Sri Aman 2017

Pesta Benak 2017 agak lewat tahun ni. Berlangsung pada 3-5 November 2017. Tapi saya kira ok juga. Sekurangnya aktiviti tahunan kami tidaklah terlalu padat di pertengahan tahun sebab Pesta ni dibuat di penghujung tahun. 😆😆.

Pesta Benak atau Tidal Bore Festival bermula daripada kejadian alam semulajadi air pasang yang besar dan berombak.

gambar google

gambar google : Main air pasang

gambar google : Kehadiran ramai manusia




Di pesta ni, Bandar Sri Aman yang pada hari biasa sunyi akan menjadi sangat meriah dan dipenuhi oleh manusia dan gerai-gerai jualan. Saya dan Panang biasanya akan bawa anak-anak berjalan pada sebelah petang untuk mengelakkan cuaca yang panas berdenting. hehehe..



Aki dari Kg Selepong datang bawa durian.. durian?? dah ada musim ke. 😅

Gerai main 'tikam tin' adalah favourite kakak ipar. Panang pun ada try tapi tak menang. 😜

hasil tuaian di pesta benak.
Baju 'Burung" lengkap ada sirat untuk Arthur: RM150
Skirt tribal Mama : RM20
Handbag kecil: RM15
Kain Kebat Betating: RM199
Gelang Iban: RM20

 Rasanya pesta ini sudah menjadi acara tahunan family. Semoga berjumpa lagi tahun hadapan. Next target nak beli 'tango' atau 'sugu tinggi' pula.

1 ulasan:

Izwa Kamaruddin berkata...

bila la aku nak sampai sarawak