Cerita hujung November 2017 (tahun lepas) tapi baru hari ini saya sempat untuk kongsikan. Mengamalkan prinsip better late than never agaknya. hahahaha
Langsung tiada dalam perancangan untuk bercuti ke Sabah. 2 minggu sebelum bercuti, saya asyik fikir apakah aktiviti untuk family. Rindukan suasana Kuala Lumpur yang hiruk pikuk. dah hampir 2 tahun kami berpindah balik ke Sarawak. Hasben pula dah bagi hint kata 'lama dah tak naik kapal terbang'. hahaha.. kenapa pula saya yang kena fikir semua ini? Jawapan: Sebab saya adalah menteri kewangan keluarga.😅😅
Last2 saya booked flight Air Asia dengan nilai RM2500 (3 dewasa, 3 kanak-kanak dan 1 infant sebab Rara belum berusia 2 tahun so masih dikira infant). Kemudian masalah bila semua homestay penuh. Mujur ada rezeki dan saya menggunakan khidmat agen pelancongan untuk mendapatkan homestay + kereta sewa.
Flight kami adalah 1st flight. Pkl 7.30 pagi dah selamat mendarat di airport KK. Menunggu kereta sewa lebih kurang 15 minit sebab dah janji dengan Tuan Jaya untuk ambil kereta sewa di airport.
No telefon Tuan Jaya tersebut: 013-8836005 (agen). Seterusnya tanpa membuang masa kami sekeluarga terus bertolak ke Kundasang.
DI KUNDASANG
Berikut adalah butiran yang saya booking dari Tuan Jaya.
- kereta Alza auto drive sendiri tempoh 2 hari 5 jam (RM200x2) +(5 jam x RM20) = RM500
- Homestay KIVATU (1 Malam sahaja) RM180 "tapi dia salah info. rupanya tu adalah 1 bilik sahaja. Mujur ada 1 bilik kosong disebelah jadi kena tambah RM120
- TOTAL ALL : RM800
Singgah sebentar makan mi Tuaran tapi maaf not my taste. huhuhu.. |
Tiket Desa Dairy Farm |
Rara taksub tengok bunga-bunga kecil |
Ibu Mertuaku |
Mell.. beraninya dia |
Harga Babi Hutan panggang.. |
Cantik kan pemandangan Gunung Kinabalu pkl 6 pagi dari tingkap bilik saya di KIVATU HOMESTAY: (tel - 0168383623) |
DI KOTA KINABALU
Kami menginap di Hotel De Galleria (2 bilik standart room with window) dengan nilai sewa bilik total = RM233. Booking melalui Agoda. Terima kasih Agoda. Hotel ini bukanlah hotel mewah tapi bukan juga hotel cikai. Bilik bersih dan cantik. Yang penting selesa. Lokasi berhadapan dengan pasar malam. Senang untuk shopping. hehehehe..
Kena saman oleh Majlis Perbandaran hokehh.. |
Sekejap je di Pasar Philiphine.. tak puas |
Makan malam di Restoren Sri Melaka. Not Bad.. Halal dan recomended |
* Ada rezeki kami datang lagi...
2 ulasan:
teringin nak sampai sabah sarawak.. moga ada peluang. hehehe
Kalau ada rezeki ke kuching. Jgn lupa contact saya ya shehan..
Catat Ulasan