Salam Sejahtera dan Selamat Datang

Ini adalah blog peribadi. Apa yang saya tulis adalah dari pengalaman atau pendapat saya sendiri kecuali saya nyatakan sumbernya. Mohon maaf kalau ada yang berkecil hati. Sila beri teguran jika ada yang tidak betul. ^_^


Pengikut

Selasa, 30 Januari 2018

Durian Padawan

Saya memang durian lover. Musim durian adalah yang paling dinantikan. Seronok membeli durian. Apatah lagi kalau berpeluang mengutip durian di dusun. Musim durian baru-baru ini dusun mak di kampung Tungkah tidak ada hasil. Bunga durian luruh kata mak. Tapi tempat lain seperti Sri Aman, Lubuk Antu dan Padawan memang banyak durian. Tinggal nak sediakan Ringgit Malaysia je. 😂😂 

Do you know Sarawak tak femes dengan durian Musang King dan D24? Tak femes maybe disebabkan tidak ada durian tersebut pun.. mcmne nak femes kan? kehkeh.. Apapun, Durian Padawan memang sgt femes. Disebabkan tidak mahu ketinggalan, saya minta hasben belikan juga Durian Padawan untuk tahu apa yang menarik sangat dengan durian ini.

Nota: Padawan tu nama daerah di Sarawak. Panang sekarang mengajar di Padawan so tak susahlah dia nak beli durian ini. 

RM15 sebiji. Murah kan?

Isinya tebal dan kekuningan

Besarnya.. kena pegang 2 tangan. hahaha.. saya hanya mampu makan 2 ulas. Besar sgt


Review: Value for money. Sangat murah dan berbaloi beli. Isi tebal dan manis. Tidak terlalu bergas. Lemak durian la sangat.. Tidak memeningkan. Tidak mendemamkan. hahahaha

Tiada ulasan: