Material yang diperlukan (saya berjaya jahit 8 CD)
- 1m kain pul (Harga RM38) Beli dari FB Lindaleen Bawi Leen
- 1m kain micro fleece (Harga RM15) Beli dari FB Decoration Acik N Felt
- Snap Button (100pcs RM15) Beli dari FB Lindaleen Bawi Leen tapi 100 pcs tak cukup
- Kam Snap Plier (RM40) Lupa beli dari mana. Lindaleen ada jual. boleh tanya dia.
- Benang warna yang bersesuaian
Ringkasan ciri2 material di atas:
- Kain pul adalah kain yang mempunyai lapisan plastik. jadi perlu hati2. sebolehnya jgn guna jarum peniti tetapi saya guna gak cuma cucuk hujung2 kain sahaja. Kain pul juga sejenis kain yang agak licin dan selalu terbabas bila dijahit.
- Kain microfleece pula sejenis kain yang sangat lembut dan bersifat staydry. Agak menyeksakan jiwa semasa operasi menggunting disebabkan kelembutan beliau.
Selesai proses memotong kain pul. phiewwww.. (lap peluh). Saya ambil masa 1 hari utk menanda dan memotong kain. Proses memotong kain microfleece saya takde ambil gambar. huhuhu |
Snap button yang pertama silap pasang. huhuhu.. |
Snap button selesai dipasang. Kena lapik mcm dalam pic ni untuk kuatkan lagi. Kain pul kan nipis je. |
Yang ni dah siap jahit. Pemandangan dalam CD. gebu gebas je kain microfleece ni kan? |
Siap 8 keping CD utk mell. :) |
Sebelum pakai, perlu prewash ye.
Untuk CD cover ni prewash 1x dah memadai. Tpi untuk insert/soaker jika material microfiber perlu prewash 3x manakala material bamboo @ hemp @ zorb perlu prewash 6-8x bagi memaksimumkan penyerapan.
Next entry nanti saya akan bercerita tentang DIY insert pula ye. saya belum jahit lagi. hehe..
Cara jahit CD boleh refer youtube ini.
2 ulasan:
giler rajin sly..izwa menjahit mmg out terus lah..haha..bagus bagus penjimatan berganda nie ;)
Kagum kagum kagum :)
Catat Ulasan