Salam Sejahtera dan Selamat Datang

Ini adalah blog peribadi. Apa yang saya tulis adalah dari pengalaman atau pendapat saya sendiri kecuali saya nyatakan sumbernya. Mohon maaf kalau ada yang berkecil hati. Sila beri teguran jika ada yang tidak betul. ^_^


Pengikut

Rabu, 11 November 2015

Jahit Sendiri Cloth Diapers (Lampin Kain)

Bukan obses tetapi CD Mell memang perlu di topup sebab banyak dah rosak (cerita kat sini). Cuma kali ini saya cuba jahit sendiri sebab dah lama teringin nak jahit. Perasan nak jahit sendiri semakin membuak2 setelah join group Cloth Diapers DIY. hahaha..

Material yang diperlukan (saya berjaya jahit 8 CD)
  • 1m kain pul (Harga RM38) Beli dari FB Lindaleen Bawi Leen
  • 1m kain micro fleece (Harga RM15) Beli dari FB Decoration Acik N Felt
  • Snap Button (100pcs RM15) Beli dari FB Lindaleen Bawi Leen tapi 100 pcs tak cukup
  • Kam Snap Plier (RM40) Lupa beli dari mana. Lindaleen ada jual. boleh tanya dia.
  • Benang warna yang bersesuaian

Ringkasan ciri2 material di atas:
  • Kain pul adalah kain yang mempunyai lapisan plastik. jadi perlu hati2. sebolehnya jgn guna jarum peniti tetapi saya guna gak cuma cucuk hujung2 kain sahaja. Kain pul juga sejenis kain yang agak licin dan selalu terbabas bila dijahit.
  •  Kain microfleece pula sejenis kain yang sangat lembut dan bersifat staydry. Agak menyeksakan jiwa semasa operasi menggunting disebabkan kelembutan beliau. 
Proses menanda kain. Pola saya dapat dari google je. ada banyak pola. Sebenarnya ni pola bagi FOE. Seeloknya letak basi. Tapi saya dah tandakan tanpa basi. Gasak... Nekad je potong sebab malas nak tanda lain. hehehe

Selesai proses memotong kain pul. phiewwww.. (lap peluh). Saya ambil masa 1 hari utk menanda dan memotong kain. Proses memotong kain microfleece saya takde ambil gambar. huhuhu

Snap button yang pertama silap pasang. huhuhu..

Snap button selesai dipasang. Kena lapik mcm dalam pic ni untuk kuatkan lagi. Kain pul kan nipis je.

Yang ni dah siap jahit. Pemandangan dalam CD. gebu gebas je kain microfleece ni kan?
 
Siap 8 keping CD utk mell. :)


Sebelum pakai, perlu prewash ye.
Untuk CD cover ni prewash 1x dah memadai. Tpi untuk insert/soaker jika material microfiber perlu prewash 3x manakala material bamboo @ hemp @ zorb perlu prewash 6-8x bagi memaksimumkan penyerapan.

Next entry nanti saya akan bercerita tentang DIY insert pula ye. saya belum jahit lagi. hehe..

Cara jahit CD boleh refer youtube ini.

2 ulasan:

Izwa Kamaruddin berkata...

giler rajin sly..izwa menjahit mmg out terus lah..haha..bagus bagus penjimatan berganda nie ;)

Izwa Kamaruddin berkata...

Kagum kagum kagum :)