Salam Sejahtera dan Selamat Datang

Ini adalah blog peribadi. Apa yang saya tulis adalah dari pengalaman atau pendapat saya sendiri kecuali saya nyatakan sumbernya. Mohon maaf kalau ada yang berkecil hati. Sila beri teguran jika ada yang tidak betul. ^_^


Pengikut

Rabu, 12 Julai 2017

Rindu Kampung Tungkah Dayak 200%

Minggu ni 15.07.2017 (Sabtu) ada mesyuarat rumah panjang. Kakak ipar selaku setiausaha JKKK kata, YB Dr. Jonical Rayong dah beri hint untuk tidak terlalu lama membiarkan Rumah Panjang Lidong tidak mempunyai Tuai Rumah. Mungkin mesyuarat 15.07.2017 ni akan membincangkan / mengundi siapakah Tuai Rumah Rumah Lidong yang baru.

Rumah Panjang Lidong, Skrang adalah rumah suami saya. Saya suka je nak balik kampung dia. Tapi kalini terasa sayu sebab rindukan kampung sendiri di Kampung Tungkah Dayak. Gawai yang lepas kami tak balik Kg. Tungkah disebabkan abang ipar (Tuai Rumah Maing @ Gaie) meninggal akibat kemalangan jalan raya pada 29.05.2017.

Perasaan rindu pada kampung sendiri kadang-kadang susah nak diselindung. Pernah terfikir untuk balik je tanpa suami. Takut jadi isteri derhaka la pulak. huhu.. maka bertabahlah.. tak berani nak sentuh isu balik kampung Tungkah sebab hati masih pedih dituduh tidak memahami.


Saya yang tidak memahami...

Tiada ulasan: