Tiba-tiba pada Mac 2017 aritu Lazada buat sales. Phillips Pressure Cooker (PPC) RM299 + postage ke Kucing RM9. Diulang... postage ke Kuching RM9! 😋😋 Tanpa banyak fikir, terus masukkan dalam bakul dan bayar. Barang dijangka sampai 2 minggu tapi rupanya tak sampai 3 hari dah sampai. wah! I love you lazada. Walaupun saya kini berada di Sarawak. Tiada masalah bagimu untuk berkhidmat (menjual sebenarnya) hahahaha... semua di hujung jari.
Back to my review..
Perbezaan ketara PPC dengan Noxxa adalah kapasiti. PPC 6 liter manakala Noxxa 8 liter. Kalau beli noxxa banyak yang boleh guide dari segi tips penggunaan dan resepi. Apapun, PPC pun boleh tahan juga. Ada group PPC di FB dan telegram yang dapat beri guide dan banyakkkk resepi boleh dicuba.
Dari segi masa juga. Noxxa boleh masak nasi 7 minit dan PPC masak nasi 13 minit guna mode rice dan 7 minit guna mode steam. best kan.. best kan..
Dari segi rupa, saya rasa ketara PPC lebih cantik anggun dan bergaya. Betul tak?
So far, PPC dah banyak membantu saya memudahkan kerja di dapur. Nak masak bubur kacang tak perlu susah payah nak rendam berjam. 30minit je dah siap masak bubur kacang. Sama gak kalau nak siapkan mihun (tak perlu rendam bagai). Masak kek pun boleh.
So far sangat berpuas hati dengan PPC ni. Tidak menyesal memilih PPC berbanding dengan pilihan pertama dulu Noxxa.
So why pay more.. 😂😂😂 cepatlah grab 1 di Lazada (trusted seller) <klik sini ya utk ke website lazada>
stock photo |
saya punya. 👯👯 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan