Salam Sejahtera dan Selamat Datang

Ini adalah blog peribadi. Apa yang saya tulis adalah dari pengalaman atau pendapat saya sendiri kecuali saya nyatakan sumbernya. Mohon maaf kalau ada yang berkecil hati. Sila beri teguran jika ada yang tidak betul. ^_^


Pengikut

Rabu, 12 Julai 2017

Review Philips Pressure Cooker

Sekian lama 'mengkaji' perihal pressure cooker yang pada asalnya saya sangat berminat dengan pc Noxxa akhirnya bajet saya cukup untuk mendapatkan seketul noxxa. masalahnya, bila tiba saat nak membeli terasa sayang sangat pada 'duit' yang akan digunakan membeli noxxa. RM700 untuk sebuah periuk? biar betul? (kata suami) ๐Ÿ˜‚

Tiba-tiba pada Mac 2017 aritu Lazada buat sales. Phillips Pressure Cooker (PPC) RM299 + postage ke Kucing RM9. Diulang... postage ke Kuching RM9! ๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹ Tanpa banyak fikir, terus masukkan dalam bakul dan bayar. Barang dijangka sampai 2 minggu tapi rupanya tak sampai 3 hari dah sampai. wah!

Perbezaan ketara PPC dengan Noxxa adalah kapasiti. PPC 6 liter manakala Noxxa 8 liter. Kalau beli noxxa banyak yang boleh guide dari segi tips penggunaan dan resepi. Apapun, PPC pun boleh tahan juga. Ada group PPC di FB dan telegram yang dapat beri guide dan banyakkkk resepi boleh dicuba.

Mungkin ada perbezaan dari segi masa juga. Contoh Noxxa boleh masak nasi 7 minit dan PPC masak nasi 13 min.

Dari segi rupa, saya rasa ketara PPC lebih cantik. Betul tak?

So far, PPC dah banyak membantu saya memudahkan kerja di dapur. Nak masak bubur kacang tak perlu susah payah nak rendam berjam. 30minit je dah siap masak bubur kacang. Sama gak kalau nak siapkan mihun (tak perlu rendam bagai). Masak kek pun boleh.

So far sangat berpuas hati dengan PPC ni. Tidak menyesal memilih PPC berbanding dengan pilihan pertama dulu Noxxa.

So why pay more.. ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚



Tiada ulasan: