Hari ini Yaya mencapai usia 6 bulan. Maknanya kami telah berjaya mengharungi perjalanan susu ibu sahaja selama 6 bulan. Tetapi stok frozen Yaya dah habis. Terpaksa kais pagi makan pagi.Sehari Yaya minum sebanyak 6 botol X 3oz = 18oz. Setiap hari saya balik dengan hasil perahan sebanyak 8-10oz. So, bagaimana nak cukupkan lagi 8oz? huhuhu..
Hasil perahan 17hb Ogos = 8oz |
Atas nasihat kawan. Saya perlu buat power pumping sekurangnya 1x sehari. (Buat masa ni saya dah buat power pumping masuk hari ke 10). Sudah nampak sedikit perbezaan. Sebelum ni hasil pam pernah 6oz sehari dan sekarang dalam 8-10oz.
ebook Asiah Maharam yang telah siap di print |
Selain itu, saya banyakkan membaca dan tertarik dengan tips pemakanan dari coach Asiah Maharam "makan jadi susu bukan lemak". Apapun, coach Asiah tidak benarkan saya reshare ataupun menulis mengenai isi kandungan tips beliau. So, saya akan update apa yang saya akan lakukan berdasarkan tips beliau tersebut.
Tidak lupa juga, saya order alfafa shaklee. Semasa menyusukan Mell dan Arthur dulu pun saya makan alfafa shaklee. :)
3 ulasan:
gud luck syl
alahaiiii rindu nyerrr zaman menyusu niiii..
all the best syl
Catat Ulasan