Salam Sejahtera dan Selamat Datang

Ini adalah blog peribadi. Apa yang saya tulis adalah dari pengalaman atau pendapat saya sendiri kecuali saya nyatakan sumbernya. Mohon maaf kalau ada yang berkecil hati. Sila beri teguran jika ada yang tidak betul. ^_^


Pengikut

Selasa, 5 Ogos 2014

ATKINS DIET : INDUCTION

Day 1 : 5 Ogos 2014

Syl tak boleh berdiam diri dah. Berat badan makin meningkat. Semalam timbang berat dah mencecah 65kg. Maksudnya BMI 26.4 (BMI normal 22-24). Maka menangis di dalam hati. Paling menyedihkan bila mengemas baju dalam almari. Hanya tinggal 6 baju kurung yg muat utk pergi kerja! ((nangis lagi)).

Suka atau tidak Syl tidak berikan pilihan lain melainkan Syl harus mengurangkan berat badan. Maka Syl pilih Atkins Diet dalam usaha menguruskan body ini.

Sebelum memulakan atkins diet ni Syl ambil masa 2-3 hari untuk mengurangkan pengambilan karbo dalam pemakanan. Syl tidak sampai hati nak mendera terus body ini untuk meninggalkan pengambilan karbo dalam jangka masa yang lama. Biasanya jika diet Syl akan sakit kepala dan badan menggigil. Harap-harap tidak lah akan berlaku kejadian seumpama itu disaat Syl nekad untuk mencuba Atkins Diet.

Hari ni adalah hari pertama Syl dalam fasa Induction. Masalahnya, disebabkan kekurangan ilmu Syl sudah terminum Kopi O (bergula). huwaa.. Untuk menyedapkan hati, Syl anggap ketidak sengajaan pengambilan gula pagi tadi sebagai bonus kepada body yang baru belajar nak diet. hehe..

Bila tiba waktu lunch, Syl tak habis2 diusik. Dugaan sungguh. Syl tak salahkan mereka sebab selama ni Syl adalah manusia yang tak boleh tertinggal karbo. Tak cukup karbo kepala sakit dan menggigil (ada tulis kat atas kan). Jadi bila cuba makan tanpa karbo, rata2 kawan berasa kasihan. Takpe.. Syl tidak akan paksa diri jika tidak mampu buat. Cuma yang agak menyeronokkan ketika menaip blog ni jam menunjukkan pukul 5 petang tetapi Syl tidak berasa lapar dan tenaga masih sama seperti tengahari nanti. Hopefully tenaga ni bertahan sehingga tiba waktu dinner.

Menu Lunch. Takde Sayur kat kedai

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

as salam. sis breastfeed ke masa buat atkin ni? ada tak sis tau utk ibu bf join atkin sy mcm nak join jgk kalau ada group lg bgus.