Salam Sejahtera dan Selamat Datang

Ini adalah blog peribadi. Apa yang saya tulis adalah dari pengalaman atau pendapat saya sendiri kecuali saya nyatakan sumbernya. Mohon maaf kalau ada yang berkecil hati. Sila beri teguran jika ada yang tidak betul. ^_^


Pengikut

Khamis, 12 Julai 2012

Saya Nyaris Bergelar Isteri Derhaka

Saya: ..*&^%$#%^&**& (sedikit pun saya tidak mencarut melainkan bebelan panjang yang tidak berkesudahan disulami rasa tak puas hati dan sedikit geram kerana perkara yg berlaku mungkin menyusahkan dia atau mungkin juga menyusahkan keluarga)

dia: (dengan nada suara yang tinggi) Kenapa dengan kamu ni. Dari semalam asyik marah-marah. Salahkan saya je. Bukan nak menolong. Apalagi nak bagi sokongan pada suami yang mengalami kesusahan. Bini apa kamu ni?

Saya: *terkedu
Saya: Saya mahu memberitahu (nasihat)

Dia: Bukan itu caranya. Baik kamu diam je lepas ni. Jangan masuk campur urusan saya!

Saya: Maafkan saya. Bukan niat saya. Saya memang nak membantu. Saya bagi sokongan penuh. Maafkan saya sebab kata2 saya tadi. Bukan niat saya. Bukan niat saya... (menangis)

******
Bagaimanapun, perkara ini telah diselesaikan kerana dia memaafkan saya. Walaupun marah, dia benarkan juga saya masuk campur dan menemani dia menyelesaikan masalah tersebut. Syukur. Berkat doa saya selama ini, masalah telah selesai. Mungkin dia tak tahu saya berdoa sepenuh hati semoga masalah ini selesai dan tidak menyusahkan sesiapa. Tidak mengapa. Sebagai isteri, saya mendoakan yang baik2 sahaja untuk suami tercinta.

Pengajaran:
Mungkin apa yang terjadi adalah dugaan buat kami suami/isteri. Saya mungkin telah kalah sebab tidak berjaya mengawal nafsu marah dan bersikap kurang profesional. Bagaimanapun, suami saya adalah lelaki yang sangat baik. Saya tahu dia sayangkan saya. Marah dia adalah untuk memberi pengajaran buat saya yang sangat suka bersuara lantang tanpa mengambil peduli perasaan orang lain.

Resolusi:
Saya menerima baik teguran suami meskipun saya tersinggung. Kata-kata marah dia adalah selayaknya untuk saya. Akan tidak ada campur tangan yang keterlaluan melainkan saya akan lebih fokus kepada penyelesaian masalah serta memberi sokongan. 

Nasihat saya buat para isteri yang lain.
Jangan ikut kesilapan saya ini. Jadikan pengajaran. Suami mungkin buat kesilapan kecil atau menimbulkan masalah tapi dia sentiasa perlukan sokongan kita sebagai orang yang dia paling rapat dan cintai. Apapun masalah, perlu hadapi bersama dan jangan sesekali hukum dia sebagai pesalah. Kita kan suami isteri. Sudah berjanji sehidup semati dan sentiasa bersama-sama dalam susah atau senang.
p/s: sedih tau bila suami marah.

Sayang, Terima kasih atas segalanya.


 


Tiada ulasan: