Salam Sejahtera dan Selamat Datang

Ini adalah blog peribadi. Apa yang saya tulis adalah dari pengalaman atau pendapat saya sendiri kecuali saya nyatakan sumbernya. Mohon maaf kalau ada yang berkecil hati. Sila beri teguran jika ada yang tidak betul. ^_^


Pengikut

Ahad, 2 Oktober 2011

Dah masuk kerja. Ingatkan senang tapi saya dah mula panik.

Hua.. hua.. hua..
Syl dah masuk kerja 28 September lepas. Dak Arthur pun dah bergembira bersama kakak Easter di Taska sinun. ermmm.. bergumbirakah anak2 hamba? harap2 begitulah.

Masuk je pejabat.. taraaaaaaa.. bnyk surat2 dan kerja yang pending. buat2 pingsan sekejap. Tapi dalam banyak2 surat. Syl cari dan buka 1 surat berdaftar dari Hua Yang. Jeng jeng jeng.. Siapa Hua Yang? ohhh.. nak berahsia jap boleh tak? tapi Syl dah tunggu surat ni dah hampir 3 tahun. lama tunggu aihhh... pepun, sangat teruja. Encik papa senyum sampai ke telinga. tapi 'harimau' belaan Syl nampak sedikit monyok.. sabar ye harimau. ada rezeki nanti Abg Jib bagi la 'makanan' lebih. tetiba pulak cerita Abg Jib nyampuk kat sini..

Apa yang panik? sop.. sop.. sop.. Ni Syl nak cerita la.. Hari pertama masuk kerja Syl hanya mampu pam susu sebanyak 2 kali je. Syl masih kekok. 2 kali pam dapatlah 9oz. sedihhhhhhhh.. Hari kedua dan ketiga, Syl mampu pam 3 kali dan bawa balik 10 oz. walaaa.... sedih jugakkkk..

Nape jadi mcm tu eh? misteri sungguh. prestasi tuaian sebelum ni boleh dapat 10 oz per sessi. tapi kenapa bila dah masuk kerja ia jadi 2-3 oz per sessi? Penunggu gua boleh tolong jawab tak? Arthur minum 3 oz X 6 botol sehari... ye, dia habiskan 6 botol. Cikgu siti kata dia kuat nyusu. Bagus la kan? cuma syl pening nak cover 18oz sehari.. eh bukan pening tapi lebih kepada panik.

Lagi 1 masalah.. Arthur dah mula refuse to direct breastfeed. bertambah sedih. Suka-suki je Arthur gigit dan tarik cik B yg tak bersalah tu. Apa ntah yg Arthur marah sangat. Tpi time mamai2 dan tido, elok pulak Arthur breastfeed. Time tu la Syl biarkan dia ngempeng selama mana dia nak. rinduuuu...

Harapan Syl sekurang-kurangnya boleh breastfeed dak Arthur sehingga dia berumur 6 bulan. Tinggi harapan Syl utk dia. Tapi mampukah Syl dgn keadaan yang semakin panik ni? Macamana nak tingkatkan hasil tuaian sedangkan dak Arthur refuse breastfeeding? Mampukah Syl jadi Eklusif Pumping Mum???

Memperkenalkan pembantu peribadi Syl yang kerjanya 'menuai' untuk dak Arthur



3 ulasan:

Hana Soffelia berkata...

U can do it sis. ^_^

dhr berkata...

sudah masuk kerja da?cepatnye..rs mcm br je syl bersalin.

agakmye baby boy sb tu kuat menyusu.

LYAfrina berkata...

XPE..usha lagi..try ambik suplemen utk menambahkan susu badan... mungkin blh mbantu dlm mnambah kuantiti susu... gud luck dear :-)