Dua tiga hari ni Syl asyik emo je. Status kat FB pun dah nampak tak berapa happy. Prestasi kerja minggu ni memang merudum. Kurang bersemangat dan selalu nampak kesalahan orang lain je. Entah apa-apa kan?
Syl nak cerita pasal BBT Chart Syl bulan Julai ni. Sebenarnya harini Day 28 Syl. Kat graf BBT bulan ni masih di atas line merah. Geng-geng yang buat BBT dah mula excited. Ada yg suggest buat UPT pulak tu. Tapi hati Syl berat kata yang Syl still takde apa2 lagi. Walaupun graf berada di atas line merah, tapi suhu sangatlah mendap. Bulan ni paling tinggi pun suhu Syl hanya 36.2. Kenapa agaknya?
Ni teori Syl la. (bukan nak jadi doktor, tapi berdasarkan pembacaan). Suhu Basal ni adalah berkait rapat dengan pengeluaran hormon progestrone. Semakin tinggi suhu progestrone, semakin tinggi lah suhu Basal kita. Macam kes Syl ni, suhu Syl rendah. Maknanya hormon progestrone Syl rendah pada bulan ni. Bila hormon progestrone kita rendah. So, how to produce the egg?? iskiskiskk..
Ni ha graf BBT syl untuk bulan Julai. Still lom period. Tapi start from Day 26 to Day 28 (today) ada spotting sikit. Dah dekat nak period la kot. Tak sabar nak period sebab nak buka buku baru. :)
Ni Syl nak cerita pulak pasal Day 21 Blood Test result Syl haritu. Actually Syl baru je lepas call klinik. Seperti biasa, jururawat nan peramah tu yg jawab phone call. Dengar je nama Syl. Dia pun kata.."ha akak.." iskk.. nampak memang dia tunggu Syl call je. Nape tak call Syl terus. Ermm.. ni la rentetan perbualan kami.
* Ha dik, camne result darah akak haritu?
* Result darah akak agak rendah. Akak kena datang ke klinik on Day 2. Doc nak bagi 2 jenis ubat.
* Err.. berapa keputusan darah akak ek.
* 1.9
* kalau normal?
* 15 ke atas
* Aduh.. tersangatlah tak normal akak ni. camne tu?
* takpe. As long kita dah tau. Nanti doc bagi ubat. Akak jgn tak dtg ye Day 2.
Dalam hati ni sedih sesangat. Terus sms kat papa Panang. Dia pun pujuk dan kata. (Takpela, sabar. Atoman kan ada. At least dah ada sorang). *atoman @ ultraman tu gelaran utk si Easter.
Tapi Syl takkan putus asa. Semoga suhu bulan depan lebih 'panas'. sebab teori Syl suhu 'panas' maksudnya hormon progestrone cukup. hehehe.. chaiyokkk..
4 ulasan:
comelnya atoman = easter hehehe...
sabar k nanti ikut ubat yg doc kasi shud be ok, hope kesihatan syl akan makin baik..
easter memang slalu berangan jadi atoman. hehehe..
thanks lady. skrg syl dh tau mslh syl. agaknya ni la 1 sebab kegagalan pregnancy syl thn lepas. progresterone level drop & ganggu perkembangan janin. selepas ni, semuanya akan dipantau. wish me good luck.. :)
syl! i need your advise. Saye da lewat 4 hari. tp bile buat UPT -ve. masalahnya, saya nak kene amik Hep B jab esok. jab tu xboleh amik kalo pregnant. how? FYI, i'm 28days-cycle girl.
sori dian. lambat balas. circle biasa memang 28 hari ke? klu mcm tu mcm ada bite baik je? So u now at DPO19 (agaknya). hehhe.. kdg2 hcg rendah. tu UPT tak detect. boleh ulang lagi after 2-3 day. UPT paling accurate - jenama clear blue. lau nk lagi accurate, buat blood test.
pasal jab tu. better tnya your doc. syl pun tak pasti pasal tu. gitau doc yg u tu dah lewat dan circle memang 28 hari. kalau leh tangguh dulu jab tu la dian.
Catat Ulasan