Salam Sejahtera dan Selamat Datang

Ini adalah blog peribadi. Apa yang saya tulis adalah dari pengalaman atau pendapat saya sendiri kecuali saya nyatakan sumbernya. Mohon maaf kalau ada yang berkecil hati. Sila beri teguran jika ada yang tidak betul. ^_^


Pengikut

Selasa, 4 Mei 2010

THE FIRST CRY

Easter Cassandra sayang,
Mama teringat peristiwa 14 April 2007.
Ketika itu, usia Easter dalam kandungan Mama baru 38 minggu.
Lama lagi kan Easter? Ada lagi 2 minggu dan Mama masih lagi sibuk dengan kerja pejabat.
Tapi hari tu Mama beria-ia nak beli semua kelengkapan bersalin.
Termasuk ubatan Mama.
Mama shopping sorang2 je sayang.
Papa kerja jauh. Nak call papa pun tak boleh sebab takde line.
Kesian Mama kan?

Pukul 11 malam Mama terasa Easter asyik mengeras kat dalam.
Mama usap dan berbual dengan Easter.
Mama kata,
"Easter budak baik. Easter takkan susahkan Mama. Mama nak tengok akademi fantasia (AF) ni".
Hahaha... gara-gara AF, Mama sanggup lupakan Easter yg asyik bagi signal.
Easter dah tak sabar nak tgk AF sekali rasanya.

Tepat pukul 12 tengah malam.
Mama ajak auntie Hilda ke hospital.
Mama kata, tak boleh tunggu. Easter asyik mengeras je.
So, auntie Hilda bergegas hantar Mama. Sambil tu, dia bertanya. "Nak bersalin ke?"
Mama kata. "Belum lagi. Saje nak ke hospital" hahaha.. lawak kan auntie Hilda tu.
Sampai kat hospital pukul 12.30 tgh mlm.

Bayangkan lah Easter ku sayang.
Betapa tak sabarnya Easter nak temankan Mama.
Pukul 2.40 pagi (15 April 2007) Mama melahirkan Easter dengan mudah. .
Tangisan pertama dari Easter begitu nyaring.
Membuatkan mama begitu gembira sampai Mama pun menangis.
Mama bersyukur kerana doa Mama selama ini diberkenan olehNya.
  • Mama mohon dipermudahkan kelahiran kerana papa jauh.
  • Mama mohon Easter sihat dan selamat.
Alangkah bagusnya jika Papa dekat masa tu kan sayang?
Mesti papa pun akan menangis bila mendengar suara tangisan pertama dari Easter.
Tapi bila Easter asyik menangis. Mama jadi panik.
Easter tahu kan? Auntie Hilda dah balik rumah.
Mama tinggal seorang diri dan takde pengalaman pun lagi.
Nenek Easter kat kampung tak tahu lagi yg Easter dah melalak menangis di pangkuan mama.
Papa apatah lagi. Maybe papa sedang nyenyak tidur masa tu.
Ala...
Sayangku Eater menangis sebab merajuk terlepas AF ke?
Takpe sayang.. AF akan ada siaran ulangan.
Hari-hari Easter nak tengok pun boleh.
Yang penting, Easter sihat.
Riang gembira menjadi permata yg menyinari hidup Mama dan Papa.

Easter Cassandra Anak Panang.
Tangisan pertama Easter adalah kenangan indah dalam hidup Mama.
Kerana ketika itu Mama sedar, Mama telah ada pewaris di dunia ini.
dan Easter adalah anugerah dari Tuhan yang tidak ternilai buat Mama dan Papa.
Janji Mama dan Papa, kami akan mendidik dan sentiasa menyayangi Easter.
Semoga Easter menjadi anak yang baik dan menjadi insan yg berjaya suatu hari nanti.

(Masa Mama dan Easter dalam pantang)
"SELAMAT HARI IBU KEPADA SEMUA IBU DI DUNIA INI"

Mother’s Day Giveaway by Alice Wonders


It’s the time of the year to reward the most special woman in our life! AliceWonders.com would like to organize a special contest for the well-deserved and incredible mums out there by giving out FREE goodies!Grand Prize Winner x 1 – FREE Designer Inspired bag of the winner’s choice (any bag available on the website) Consolation Prizes (Unlimited) – All submissions gets 15% Mother’s Day Cash Voucher To Shop At AliceWonders.com


It’s easy to enter. Just follow these steps.
Make a new post on your blog, titled THE FIRST CRY and share your first baby birth experience. (done)
Must link AliceWonders.com and MomBloggersPlanet’s contest giveaway post (done)
Must put the contest banner and link back to this contest page. (done)
Leave the URL to your entry in the comment box below. (done)
Here are the URL to be included in your blog post and banner for the sidebar.

http://alicewonders.com/
http://mombloggersplanet.com/3939/mothers-day-giveaway-by-alice-wonders/

5 ulasan:

mrs.krie :O) berkata...

uwaaaaa...touching giller weh......nak wat gak entry untuk uzma...(uit...aku watkan diary utk uzma...start dari mula aku pregnant...heheh;..tapi baru tulis sampai bulan 9.....belated kiranya ni.)

Myluv - Syl berkata...

thanks ummi uzma. selamat hari ibu ye. contest ni ditutup 7hb Mei. so cepat2 tulis. tulis secara spontan baru best. nak cite rahsia sikit.. masa tulis entry ni mata syl berair. sebaknye bila teringat balik kenangan manis saat bergelar seorang ibu. :)

Lady of Leisure berkata...

so sweet.... lady tumpang gumbira hhehe

sasha @ mumyalyaqil berkata...

sweet sgt..touching sgt..terharu...waduhai...

Myluv - Syl berkata...

thanks lady & sasha. wlupun dah 3thn berlalu, ia masih segar dlm ingatan syl.