Pengikut

Isnin, 2 Januari 2012

Masak Bubur Kosong Untuk Bayi 6 Bulan

yeppiiii.. selamat tahun baru 2012. semoga tahun ni lebih baik dari tahun2 sebelum ni.
semoga murah rezeki kita semua. Year of the Dragon...
Best jugak kalau dpt anak Dragon year ni kan.
Kalau syl kan.. nak namakan Pendragon. hahaha..
angan2.. Dak AG pun baru umo 6 bulan. Baru belajar makan. dah angan2 nak kasi adik.

hi..

Nak citer sikit mukadimah sempena dak AG masuk umo 6 bulan ni.
  1. Berjaya breastfeed tanpa makanan dan minuman tambahan. horeyyy..
  2. Dah pandai meniarap. horeyyyy.. merangkak lom lagi.
  3. Bermuka serius. Tapi dalam hati ada taman. gelak suka hati kalau nampak awek. yuuuu..
  4. Dah pandai drive baby walker. Asal drive je mesti menuju tong sampah.
  5. Syl ingat. Nak masak sendiri utk solid food dia. Yakin bolehhhh...
So, tahun yg baik ni (tahun lepas baik jugak). syl mulakan dgn memasak bubur kosong.
Kenapa bubur kosong? Syl pernah terbaca. Kalau nak anak suka makan nasi. mulakan dgn bubur kosong.. terutama sesi pengenalan kepada solid food.
Tapi syl ada masalah dgn masak-memasak ni. biasalah.. masalah peribadi = PEMALAS.
Akan diusahakan.. demi dak AG cayang. eh Dak Ete jugak..

So, memudahkan cara. Syl tumbuk beras sebelum buat bubur.
Tumbuk tau. bukan kisar guna blender.
Sop sop.. leh tahan penat menumbuk guna lesung batu.
Untuk beras. Syl guna beras tanam sendiri.
Setap beras ni. Wangi. yummi.. syl penah cerita kat sini.

Cara2 (Nota: Ni resepi bubur dari Indai Syl. Katanya; Anak makan nasi badan tegap. huhuu)
  • Rendam beras selama 2 jam
  • tos
  • tumbuk atau kisar halus
  • pastikan beras menjadi tepung. tapis halus. (syl guna 'pengindang' -bahasa Iban)
  • goreng tepung beras tanpa minyak.
  • semasa goreng tepung beras. kacau selalu takut hangus.
  • goreng sehingga kekuningan.
  • pas goreng.. sejukkan. dan simpan dlm bekas. pastu letak dlm peti ais.
  • Tahan 1 bulan

kalau nk masak bubur baby.
  • amik 1-2 sudu tepung beras tadi
  • masukkan air sikit. masak dan kacau selalu.
  • kalau terlalu likat. tambah air lagi.
  • dlm 5-7 minit siap.. mudah kan?
  • bubur boleh tambah puree atau susu.
Baru belajar makan so try sikit dulu.
-
-
mama masak bubur kosong je. tak setappp.. tpi AG layan jugak amik ati mama.

-
-


1 ulasan:

Dalila Yusof berkata...

tq bg resepi ni xsangka plak..anak kuat mkn..kuat melalk xsemppat nak buat bubur
skang da mudah