Salam Sejahtera dan Selamat Datang

Ini adalah blog peribadi. Apa yang saya tulis adalah dari pengalaman atau pendapat saya sendiri kecuali saya nyatakan sumbernya. Mohon maaf kalau ada yang berkecil hati. Sila beri teguran jika ada yang tidak betul. ^_^


Pengikut

Jumaat, 26 Februari 2010

Beras Merah/Perang Dari Kampungku

Setiap kali balik kampung. Papa mesti merungut sebab saya gemar bawa balik beras. Saya tau Papa bukannya malu nak bawa beras. Cuma dia rasa terbeban. Contohnya baru-baru ni saya bawa 2 guni kecil beras. Kecil mana pun guni tu. Masa kitaorg timbang beg, semuanya 56kg. huhuhu,, saya pura2 tnya Papa. 'Beras ke yang berat?' Papa wat muka seposen dia. Malas nak jawab soalan 'bijak' saya la tu. hahaha.. ni stok 6 bulan la kot.

Beras yg saya beria nk bawa ni special sikit. Limited Edition. Takde jual kat semenanjung Malaysia. My Mum dan My MIL tanam sendiri beras ni. Berasnya lembut dan wangi sangat. Beras Wangi Thai pun tak wangi macam ni. Dahle fresh.. baru beberapa bulan dituai. Dan baru beberapa hari dikisar menjadi beras. Yang paling penting. Ia hasil tulang empat kerat orang yang saya sayangi. Setiap kali makan,, teringat pada mereka semua. Miss sesangat kat diaorg. Mcm ni la hidup di perantauan orang.
(Beras ni bewarna Merah tpi takle merah sgt - perang la kot)

(Bila dah masak jadi nasi. Mcm rupa nasi goreng la pulak kan? ermmm sedapnya)

Tiada ulasan: