Salam Sejahtera dan Selamat Datang

Ini adalah blog peribadi. Apa yang saya tulis adalah dari pengalaman atau pendapat saya sendiri kecuali saya nyatakan sumbernya. Mohon maaf kalau ada yang berkecil hati. Sila beri teguran jika ada yang tidak betul. ^_^


Pengikut

Ahad, 25 Mac 2012

Mempersembahkan.. Keputusan SPM Anak Saudara Saya.. Tahniah Buat Kamo..

21 Mac 2012 yang lepas. Syl dapat sms dari Jessica,, anak saudara Syl yang cantik gebuss itu.
Dia kata,,, Along (nama panggilan untuk dak Frederick) dapat 8A.
Syl tersenyum dan tanpa sedar jejari menekan sms hantar kat enchek Somi.
Gembira dgn perkhabaran yang disampaikan.
Keputusan yang sangat baik.
10 kali ganda lebih baik dari keputusan SPM Syl dedolu. hikhik.

Eh.. Syl bersyukur seadanya dengan result SPM Syl.
Walaupun hanya dapat pangkat 2, agregate 25
Keputusan itu melayakkan Syl melanjutkan pelajaran ke peringkat sijil di POLIMAS, Kedah dan berjumpa dengan ramai sahabat yang hebat2.
Salah sorangnya Widy; Pegawai Perancang Bandar dan Desa di OSC, Majlis Daerah Kluang.
See.. betapa vangganya Syl ada kwn seperti dia.
Selepas poli, sambung Diploma pulak di UiTM Sri Iskandar, Perak.
Berkenalan dgn jejaka hensem yang teramat hensem sehingga menyebabkan Syl jatuh cinta.
*sila muntah hijau kalau rasa nak muntah*
Habis diploma, sambung degree di UiTM Shah Alam..
Yang melayakkan Syl mendapat jawatan sekarang.
Tengok.. cantiknya.. dgn keputusan tak seberapa. banyak yang Syl dapat. Tuhan itu adil kan?

Oh.. jom kita tengok serba sedikit pasal dak Frederick nih..
-
-
Ini rumah panjang kampung beliau. Rumah Gaie @ Lidong, Skrang
Rumah yang asal hangus dijilat api dalam 1 kebakaran sekitar tahun 2007
Rumah kat atas ni rumah sementara. Ada rezeki, akan bina rmh yg lebih baik.
-
-

Tengok keputusan SPM dia. Cantik.
Semoga beliau terus mengekalkan prestasi cemerlang.
Menjadi harapan keluarga untuk menaiktaraf kehidupan.
Sambung study.. biar amik jurusan yang betul. Fikir baik2. Demi masa depan.
Tahniah sekali lagi
(err.. apasal bahasa Iban dapat B?)


[*ADA PEMBETULAN: Bukan Majlis Daerah Kluang. Tapi Majlis Perbandaran Kluang. Sorry Warga MP Kluang. hehehe.. jgn saman saya. Ilebiu... kiss muah muah...*]

Langsir Rumah,, Saya Jahit Sendiri Tau,,, Hikhik..

Masuk rumah sendiri. Syl angankan langsir yg Syl jahit sendiri...
Syl tak reti sangat nak jahit. Setakat jahit lurus tu bolehla dapat 3 dari 5 bintang.
Jahitan herot-herot lagi. Tapi Syl suka banget.. Puas ati sebab dapat lepas gian menjahit.
Nanti kalau dah biasa beramas mesra dgn mesin jahit.. pandai la.
Boleh la buat dress sendiri, baju kurung sendiri, sarung sofa.. awww.. very high la angan2.
Hahhaa..

Oya.. Langsir ni Syl buat tinggi sehingga mencecah siling.
Saje nak bagi impak tinggi. Tips dalam mendeco rumah okehh..

Sila fokus pada langsir.
Apapun, terima kasih kepada model Syl yang hensem tu. hikhik..


Sabtu, 24 Mac 2012

BEN ASHAARI AJAK BERKENALAN

Haluu... bila dak BEN buat segmen ajak berkenalan.
Syl pun cecepat nak join. hikhik.. Tergedik2 kan?
erkk.. Blog Syl ni lama dah. Hanya baru2 ni je rajin update.
Entry banyak berkisar tentang keluarga dan diri sendiri (ala2 syok sendiri).
Pepun.. Syl suka berkawan. Meh la berkawan dengan Syl.. Meh la..
p/s: blog dak Ben ni best jugak. Salah 1 blog yg Syl suka terjah.

Jumaat, 23 Mac 2012

Horeyyy.. Mak Mertua Sukarela Nak Gi KL Jaga Dak AG Selama Sebulan.. ilebiu mak

Sebagai sorang wanita yg berhati tisu..
Syl memang suka mengadu dan bercerita tentang kegelisahan hati syl.
Lately.. Syl banyak mengadu tentang masalah kesihatan dak AG kan?
Mak Mertua pun tak terlepas dari menjadi kaunter mengadu Syl. hehehe..
Yang bestnya.. di mengOffer diri dia nak jaga dak AG.
Terus Syl setuju.. dan minta enchek somi beli tiket Air Asia untuk Mak.
Sukanyerr.. tumbuh bunga matahari di hati Syl.
Walau hanya 1 bulan.. Ia cukup menggembirakan Syl.
Sekurangnya.. dia akan dijaga sebaik mungkin.
Tapi.. masih dup dappp..
Camne penerimaan dak AG pulak ye.. dia tak suka orang yg dia tak biasa.
Harap2 dak AG ok.

Rabu, 21 Mac 2012

Kenapa Dak AG Kurang Minat Bersama Enchek Papa

Budak ni.. manja ya ampunnn..
Memilih nak duduk dgn siapa.
Paling kesian time dia kat taska. Nangis je kerja dia.
Kat rmh pun sama. Dia namao duduk dgn enchek papa.
Syl bengang gak. Nak ke tandas pun susah.
Kejadian terpaksa bawak dia masuk sekali dalam tandas memang kerap berlaku.
Korang bayangkan..
Seolah2 dlm dunia dia hanya mama je yg paling baik, selamat dan cun *sempat perasan*
Paling tak best dan sedih.. ketika Syl outstation
Op kos dia dijaga oleh enchek papa dia.
Sepanjang malam sehingga siang.. dia akan.
- taknak menyusu. sanggup mogok lapar
- menangis dan guling2. penat sampai tertido
Kenapa tak suka enchek papa dia eh?
mungkinkah sebab ni?
  1. Enchek papa kurang masa bersama dia.
  2. Enchek papa sibuk. Isnin dan Rabu ngajar tuisyen malam dan tak balik rmh untuk makan malam. Balik dari tuisyen pukul 11-12 mlm. Dak AG dah tido.
  3. Kat rmh enchek papa lebih gemar mengadap laptop.
  4. Jadual badminton, futsal yang buat enchek papa balik lambat sehingga pukul 1 atau 2 pagi. seminggu adalah 2-3 kali.
  5. Hujung minggu enchek papa bnyk dicuri oleh arahan untuk bertugas di Sekolah. Kadang2 hari Ahad. Kalau nak kursus pun buat hujung minggu. menchi.. biasa 2 kali sebulan.
  6. Kuliah enchek papa walaupun sekali sebulan.. pun curi hujung minggu. maknanya hujung minggu bersama anak hanya sekali sebulan.
  7. Dak AG nenen dgn mama. Enchek papa amik kesempatan taknak layan AG. Gitu? taklah..
Tapi selain mama, dak AG suka gak ngan kakak Ete. Terutama time kakak dia melukis.
Errr.. rasanya dia hanya tertarik dgn kertas la.. bukan kakak.

Selasa, 20 Mac 2012

Arthur Belajar Makan Buah Avocado La Pulak

Buah avocado sedap..
Dan paling senang untuk dijadikan makanan baby.
Tak perlu nak steam.
Cuma perlu tunggu buah masak ranum, potong, korek isi, lumatkan dan suap.

Jom intai ada apa dgn avocado yang Syl nak share hari ini.
-
-
-

Vitamin A, C, Niacin, Folate, Minerals: Potassium, Phosphorus, Iron, Magnesium, Calsium
-
-
-
Syl beli kat Tesco
Beli yang masih hijau
-
-
-
Bungkus dalam suratkhabar. Kemudian simpan tempat gelap.
Syl letak sekali dengan sebiji epal. kononnya untuk bagi cepat masak. hehehe
Peram dalam 2-3 hari
Kena tengok selalu. Takut terlebih masak
-
-
-
Tadaaaa.. Kalau dah bertukar warna hitam, dah masak la tu.
Kalau picit sikit.. lembut je. tak keras.
-
-
-
Syl potong camni dan korek isinya.
Kemudian.. lumatkan pakai sudu. Kalau rajin nak pakai blender pun ok
Buah yg selebihnya boleh simpan dalam peti sejuk. Tahan untuk 2 minggu.
Yummi.. rasa lemak berkrim.
Dak AG tak habis makan.. Syl dan Ete jadi tukang perabih.

(errr.. rasa kalau sapu kat muka pun orait jugak.. boleh jadi masker...hehehehe)


Cara Saya Menguruskan Cloth Diapers (CD)

Pakai CD ni takle susah sangat.
Just kena rajin dan tak rasa geli nak cuci poo poo.
Anak makin besar.. poo poo makin.. adoyai.. sabo jela. hahaha..

okeylah..
jom intai cara syl uruskan CD hari2.

-
-

Setiap hari syl letak 5 keping CD dlm beg AG ke taska
Setiap 1 CD tu letak sepasang baju
Biasanya AG akan pakai 4 keping CD setiap hari
-
-
-
Pengasuh akan simpan CD kotor ke dalam plastik yg Syl sediakan
Yang terkena poo poo.. kadang2 dia bilas. kadang2 tak
Tapi takpe. Syl taknak menyusahkan pengasuh. Tak bilas pun takpe
-
-
-
Sampai kat rumah Syl akan bilas semua CD kotor dan letak dalam baldi
Kena bilas.. jgn biar kotoran lebih dari 1 hari. Nanti insert jadi hitam/berkulat
Kumpul dalam 2-3 hari baru basuh guna mesin basuh. Enchek somi kata,,, rajinnya. *perli la tu*
Serbuk pencuci yang sesuai boleh refer kat sini
-
-
-
Syl dok rumah apartment.
Memang susah la nak dapatkan cahaya matahari terik
Tapi takpe. CD ni boleh je dikeringkan tanpa matahari terik
Cuma, kalau bole.. sidai la di bawah matahari
Matahari mudah membunuh kuman2 sediada