Salam Sejahtera dan Selamat Datang

Ini adalah blog peribadi. Apa yang saya tulis adalah dari pengalaman atau pendapat saya sendiri kecuali saya nyatakan sumbernya. Mohon maaf kalau ada yang berkecil hati. Sila beri teguran jika ada yang tidak betul. ^_^


Pengikut

Rabu, 31 Januari 2018

Sushi Homemade Malaysian Version

Bila sebut sushi ramai yang berangapan 'susahnya nak buat'. Kalau ikutkan resepi asal memang agak renyah. Banyak bahan kena cari seperti cuka, beras sumo bla bla.. mujur lah ada kawan FB Ashila Izz share cara dia buat sushi. Senang disediakan. Yg penting sedap!

Meh saya share sushi malaysia. Kikiki..

Bahan:
Seaweed
Beras wangi siam (prefer beras siam utk efek melekit)
Mayonis

Inti:
Fillet ketam
Tuna mayonis
Telur goreng
* untuk inti ikut selera kita. Nak letak sardin pun boleh juga kot.

Cara-cara:

  1. Masak nasi mcm biasa. Siap masak. Letak sedikit mayonis agak-agak melekit dan rasa dah ok. Gaul rata. Kalau nk sedikit masin. Letak sikit garam. Tapi saya tak letak garam pun.
  2. Ratakan di atas seaweed yg dibentangkan di tikar sushi. Takde tikar pun boleh juga tpi seaweed mudah koyak masa nak gulung kalau takde tikar.
  3. Letak inti susun memanjang. Saya lupa ambil gambar cara susun inti. Nanti kalau ada gambar saya akan update.
  4. Gulungkan.. kemudian potong dan susun di pinggan atau lunchbox jika nak jadikan bekal. 

Boleh dimakan cicah dgn kicap manis cap kipas udang (saya suka kicap ini).


Siap jadi bekal ke sekolah/pejabat



Mcmnilah saya penyet-penyetkan nasi bermayonis di atas seaweed.


Kicap kipas udang saya letak dlm plastik


* Selamat berShushi 😵