Salam Sejahtera dan Selamat Datang

Ini adalah blog peribadi. Apa yang saya tulis adalah dari pengalaman atau pendapat saya sendiri kecuali saya nyatakan sumbernya. Mohon maaf kalau ada yang berkecil hati. Sila beri teguran jika ada yang tidak betul. ^_^


Pengikut

Jumaat, 16 September 2016

Nasi dan telur kukus je

Mak ada kat Kuching jadi kami bermlm rmh mak. Seronok riuh rendah. Lupa sebentar rmh sendiri yg bersepah. 

Hahahaha.. tiba2 petang tadi suami kata mak mertua, anak sedara dan mertua kakak dia on the way nak ke kuching sebab nak melawat sedara dia yang admit hosp umum kuching. Huwawawa.. dup dap dup dap je jantung. Rmh kami dah mcm kapal pecah. Nak kena kemas, nak kena lipat kain, nak kena mop. Pada masa yg sama, suami tak dpt bantu. Matikkkkk..

Dipendekkan cerita. Tak sempat nk masak. Hantar whatsapp kat suami. Dia kata tetamu kami makan kat luar. Lega mendengarnya... hehe.. so syl dan anak2 nak makan apa? Megi ke. Sobsss.. nak nasi nak nasi...

Teringat ada elb. Buat google sikit so decide nak masak nasi dan telur stim je. Kalau nk buat sup ayam, nak kena defrost bagai. Lecehhhh..

Masak dlm 40-60 min. Sementra tunggu masak, saya mandi, mop lantai dan basuh baju. Lalalalala..

Bahan bukti kain yang belum dilipat. Berjaya juga menyiapkannya.
Nasib baik budak ni tidur
Bahan telur stim. Main letak je. Pumpkin, halia, bawang putih, telur dua biji, sedikit garam.
Guna cup yg diberikan. Nak masak nasi 2 org so 3 cup beras + 2 cup air. Utk air stim letak 1 1/2 cup.
Telur dipukul. Letak garam dan campurkan semua bahan. Macam main masak2 je. Kihkih
Apasal gambar ni potrait. Hahaha.. ok nak tunjuk hasil kejadian. 40 min pertama air habis jadi elb off sendiri. Saya tambah lagi air sikit. Keluarkan telur dan continue masak nasi supaya betul2 masak. Maka nasi ambilmasa 60 minit utk masak.
Tadaaa.. siap makan malam saya dan anak (easter je) budak lagi 2 tu dah kenyang makan roti. 

1 ulasan:

idzwa kamaruddin berkata...

Yang simple la sedapppppp nyums~