Salam Sejahtera dan Selamat Datang

Ini adalah blog peribadi. Apa yang saya tulis adalah dari pengalaman atau pendapat saya sendiri kecuali saya nyatakan sumbernya. Mohon maaf kalau ada yang berkecil hati. Sila beri teguran jika ada yang tidak betul. ^_^


Pengikut

Selasa, 16 Ogos 2016

Makanan Apa Untuk Bayi 6 bulan?

Saya Mahu Makan :P
Beberapa hari lagi Yaya akan cukup 6 bulan dan Yaya dah boleh makan. yayyyyy!! Pada mulanya saya bercadang mahu melewatkan sikit tempoh untuk dia mula makan. Tetapi Yaya sudah menunjukkan minat yang amat mendalam terhadap makanan.
  1. Kepala ke atas dan ke bawah ikut tangan kita yang mengambil makanan dan menyuap ke mulut. kasihannnn
  2. Dapat je apa-apa dia pegang kuat dan masuk ke mulut. Bila kita cuba ambil barang dari mulut dia. Mengamuk nangis sedih.
  3. Kepala dah tegak tetapi belum pandai duduk pun.
  4. Meneguk air liur bila nampak makanan. kehkehkeh..

Untuk permulaan, saya dah siapkan list makanan utk Yaya :)

Solid food Yaya untuk umur 6 bulan:
  1. Apple
  2. Carrot
  3. Banana
  4. Pear
  5. Pumpkin
  6. Sweet Potatoes
  7. Rice
  8.  Barley
  9. Oatmeal
  10. Tofu
  11. Chicken
Actually banyak lagi jenis-jenis makanan yang sesuai untuk 6 bulan ke atas. Tetapi saya hadkan kepada jenis-jenis yang di atas atas faktor yang mana senang nak cari. Pemalas punya mak kan. :)




Tiada ulasan: