Salam Sejahtera dan Selamat Datang

Ini adalah blog peribadi. Apa yang saya tulis adalah dari pengalaman atau pendapat saya sendiri kecuali saya nyatakan sumbernya. Mohon maaf kalau ada yang berkecil hati. Sila beri teguran jika ada yang tidak betul. ^_^


Pengikut

Isnin, 9 Mei 2016

Susu Ibu Untuk Yaya

Saya telah kembali ke zaman penyusuan susu ibu. Huhu.. semoga saya terus tabah dan diberi kekuatan untuk terus berjuang memberikan susu yang terbaik kepada si anak. Buat masa ni saya memerah susu bermula pukul 6 pagi. Buat power pumping selama 1 jam. Saya guna dual pump menggunakan pam Medela Freestyle jadi caranya seperti berikut:
 
Cara Buat Power Pumping
10 minit - Pam kedua belah breast
10 minit - rehat
10 minit - Pam kedua belah breast
10 minit - rehat
10 minit - Pam kedua belah breast
10 minit - simpan susu dan cuci breast shield hehehe..
 
Motif utk buat power pumping adalah untuk meniru kekerapan bayi menyusu dan memberi signal kepada otak bahawa terdapat demand yang tinggi dan otak akan mengarahkan badan untuk mengeluarkan lebih banyak susu. Seeloknya buatlah secara konsisten sekurangnya 2 minggu untuk mendapatkan hasil yg lumayan. :)
 
Sehingga harini saya anggarkan stok susu frozen Yaya baru mencecah lebih kurang 50 pek x 3oz = 150oz sahaja. Pada saya, banyak dah tu. Tapi ada di kalangan kawan-kawan yg berjaya menyimpan susu lebih banyak. Syabas! Tujuan menyimpan stok ni adalah untuk cover stok sekiranya si ibu berjauhan dengan anak atau saat-saat susu merudum. 
 

4 ulasan:

ayukhairy berkata...

Comelnya rara...ala..rindu plak zaman mengepam๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Izwa Kamaruddin berkata...

rindu nyer zaman pam mengepam nie!!

Kak Vit berkata...

alhamdulillah banyak ebm stok utk Rara. semoga diberikan kekuatan dan semangat untuk terus menyusukan Rara.

Tips berpuasa untuk keluarga

Myluv - Syl berkata...

Nurhidayu; mengepam memang best kan.

izwa; hihi.. meh la join mengepam next yr.

lia; terima kasih