Salam Sejahtera dan Selamat Datang

Ini adalah blog peribadi. Apa yang saya tulis adalah dari pengalaman atau pendapat saya sendiri kecuali saya nyatakan sumbernya. Mohon maaf kalau ada yang berkecil hati. Sila beri teguran jika ada yang tidak betul. ^_^


Pengikut

Sabtu, 5 Disember 2015

15 Hari Percutian Balik Kampung - Day 1

Excited bukan kepalang. Tambahan 1 tahun tak bawa budak2 balik kampung. Percutian kali ini dibuat dengan hati kering. Pejabat sedang huru hara sibuk tapi saya keringkan hati untuk cuti balik kampung walaupun tahu rakan2 akan berhempas pulas di pejabat. Huhuhu..

Balik kampung kali ini kami sekeluarga menaiki MAS. Penerbangan percuma menggunakan elaun tambang balik kampung seberang wilayah setahun sekali yang diberi oleh kerajaan. Harap2 kemudahan ini tidak ditarik balik. Ianya sgt membantu kami yang ada anak ramai. Hehehe..

Perakuan penerbangan ibu hamil. Walaupun baru 26wks tetap perlu isi borang ni dan diiringi oleh surat doc. Saya tak amik pic surat doc. Tapi saya dptkan surat tu daripada Dr. Zana, Gombak Medical Centre. 

Demi memenuhi permintaan anak2 yang nak sangat naik train maka kami pakat ke KL Sentral, checkin dan hantar beg kat sana kemudian menaiki KLIA EXPRESS. Masa ni harga tambang masih lagi RM35 dewasa dan RM15 (agaknya. Lupa) utk kanak2 berusia 2 tahun ke atas. Tapi.. tapi.. tapi..
Masa saya sedang menaip blog ni harga tambang KLIA Express dah naik. Uwaaaaa.. tak sure brapa dah sekarang. Dengarnya RM55 utk dewasa. Mcm giler je. Kesian kami ni golongan pertengahan. Pasni usung beg naik bas je la ke airport. :(

Anak dara saya yg paling kecik senyum gumbira. Hehe.. posing lawa siap bawa botol nenen. Yg paling haru, dia yayak dlm train dan tandas train rosak. Punya la budak ni meragam. Busuk!!!! Kesian penumpang yg lain. Huhuhu..

2 ulasan:

dorsett pink berkata...

baru tahu kak syl mengandung.. tahniah! selamat bercuti tau. be careful

idzwa kamaruddin berkata...

Haah naik ke RM55 mahal kannnn?? giler!

selamat bercuti sly!