Salam Sejahtera dan Selamat Datang

Ini adalah blog peribadi. Apa yang saya tulis adalah dari pengalaman atau pendapat saya sendiri kecuali saya nyatakan sumbernya. Mohon maaf kalau ada yang berkecil hati. Sila beri teguran jika ada yang tidak betul. ^_^


Pengikut

Selasa, 24 November 2015

DIY Soaker/Insert Untuk Heavy Wetter

Mell seorang yang heavy wetter (kuat kencing) terutamanya malam. Sebelum ni dia pakai insert CD jenis microfiber tetapi tak sampai 2 jam dia dah merengek menangis sejuk sebab CD basah lencun sampai ke seluar/baju. Saya pun naik tingtong sebab terlalu kerap berjaga malam utk tukar CD dia. Huhu..

Melalui pembacaan dan perntanyaan dengan otai2 CD, ada yg cadangkan saya beli je night CD dari bamboolite. Tapi saya lebih suka diy :) Terima kasih kepada geng2 Diy seperti Norazlina Abdullah (BumpyBums Maker) dan Lindaleen Bawi (Admin FB group : Microfiber, PUL, minky Fabric - by Lindaleen) yang boleh beri penerangan yg cukup jelas tentang heavy wetter dan jenis kain yang sesuai.

Menurut Norazlina kain yg paling banyak menyerap dan menakung cecair ialah Zorb. Tapi saya belum ada kain zorb buat masa ni.. manakala menurut Leen pula, Hemp sangat sesuai utk heavy wetter. Ia boleh menakung banyak air tetapi mempunyai kelemahan iaitu agak lambat menyerap air jadi ia perlu dilapis dengan microfiber atau bamboo. Disebabkan masatu Leen hnya ada 1/2 meter kain hemp dan kain bamboo dia out of stock, maka saya decide hanya beli hemp sahaja dan bercadang nak buat insert booster.
-
-

Kain Hemp - Saya prewash dulu guna air panas. Kain hemp merupakan kain yang diperbuat daripada sejenis tumbuhan jadi ia akan mengecut sehingga 14% bila dibasuh. Saya basuh sebanyak 5 kali sebelum dipotong dan dijahit. Selepas jahit saya basuh lagi 3x sebelum ia digunakan. :)
-
-
Saya jahit insert booster ni sebanyak 2 lapis hemp dengan saiz 15" x 5".
-
-
Untuk penggunaan malam saya letak 2 keping hemp booster di bawah microfiber insert
-
-
Microfiber inser dimasukkan ke dalam sarung khas (guna kain yg bersifat stay dry seperti microfleece atau microsuede. Sarung saya ni, saya beli je. Ada sarung diy tapi masih basah masa saya buat entry ni)

-
-
Saya guna Wegoo CD cover
-
-
Atau masukkan insert tadi ke dalam Pocket CD
Sarung dan insert diletak di CD cover.

Review:
So far jangkamasa basah lencun CD mell berjaya dipanjangkan kepada 4 jam. Jika mell tidur pukul 10 mlm, saya akan bangun tukar CD dia pukul 2 pagi dan pukul 6 pagi. Hoyehhh.. jadi pelaburan beli material hemp dan jahit sendiri adalah sangat berbaloi. :)

1 ulasan:

dorsett pink berkata...

hebatnya.. suka tengok project jahit kak syl