Salam Sejahtera dan Selamat Datang

Ini adalah blog peribadi. Apa yang saya tulis adalah dari pengalaman atau pendapat saya sendiri kecuali saya nyatakan sumbernya. Mohon maaf kalau ada yang berkecil hati. Sila beri teguran jika ada yang tidak betul. ^_^


Pengikut

Jumaat, 6 November 2015

Cloth Diapers (CD) Rosak. Kain Pul Merekah :(


Setelah 4 tahun lebih kurang dalam 20 CD Mell dah rosak. Asalnya tuan punya CD ni kepunyaan abang Arthur. Kemudian kakak Mell yang pakai. Lately pakai, nampak bontot kakak Mell basah. Pelik.. Bila kalihkan CD.. uwaaa.. pul (lapisan plastik di kain) merekah rupanya. sedihhhhhhhhh...

Semua ni rosak

Pul merekah
Copy paste dari komen dlm group Malaysian Cloth Diapering Parents
  • PUL => lapisan dalaman poket CD atau AIO / AI2 (depends) memang ada grade qualitynyer. Sebaiknyer poket (cover) jangan sesekali direndam atau dijemur bawah matahari terik (scorching hot). Brand coolababy & some china-made brand PUL quality grade noted agak nipis. Kalau jadikan workhorse CD memang boleh jadi macam ni.
  • U can try beli brand US-made like happy heinys & cuba buat workhorse, pakai lenjan sampai 4 tahun. My HH workhorse 4 tahun tak pernah happen satu pun PUL jadi mcm mana ni. Memnag padan sangat dengan pepatah, 'Alah membeli, menang, memakai' 
  • dari pengamatan saya coola printed selalunya tebal sedikit berbanding coola plain. 
  • nk jemur panas sgt.. jgn lama2...PUL adik beradik plastik... tetap akan merekah biler panas sangat.. even kalu kiter letak brg ber-plastik dalam kereta bertutup parking pun notice x akan merekah plastik tu? 
  • PUL adalah plastic fabric. It is not advisable to put on heated place for longer time. atau guna dryer atau rendam pd air yg suhunya lbh 60 darjah sbb akan menyebabkan plastik mengecut. so jdlah mcm kes kat atas tu. 
  • Errr....bukan semua CD tahan 60 degC. Yang economy hanya 40 degC saja PULnya boleh tahan, tu yang selalu jemur panas boleh delaminate PULnya sebab bawah matahari confirm > 40 degC.
Ok.. setelah membaca komen-komen kat atas, saya buat kesimpulan terdapat beberapa kesilapan saya menguruskan cloth diapers ni. 
  1. CD saya buatan China. Maybe kualiti lebih nipis. Tapi jangka hayat 4 tahun dah. So, masih berbaloi. Sayang saya tak pandai jaga dgn betul. hehehe
  2. Saya jemur di bawah terik matahari. Sepatutnya CD di jemur kawasan redup. Hanya insert sahaja boleh di jemur bawah panas terik matahari.
  3. Saya pernah rendam CD guna air panas. Insert je boleh rendam dengan air panas.
  4. Seeloknya tak perlu bilas teruk-teruk untuk jaga PUL. bilas manja-manja je.
So, saya nak kena beli lain ke? huhuhu.. CD sedia ada hanya tinggal 15 keping je lagi. Maybe perlukan sekurangnya 5 lagi CD. Mell tak guna CD kat rumah pengasuh. Mell hanya pakai CD masa kat rumah sahaja.     

Tiada ulasan: