Salam Sejahtera dan Selamat Datang

Ini adalah blog peribadi. Apa yang saya tulis adalah dari pengalaman atau pendapat saya sendiri kecuali saya nyatakan sumbernya. Mohon maaf kalau ada yang berkecil hati. Sila beri teguran jika ada yang tidak betul. ^_^


Pengikut

Rabu, 8 Julai 2015

Hampir setahun tak update blog

Ya, hampir setahun. Kali terakhir update blog pada Ogos 2014. Sekarang dah Julai 2015. Maaf pada blog kesayangan saya ini. Saya terlalu banyak menghabiskan masa di Facebook. Yang kadang-kadang hanya mengomel perkara merepek sahaja.

Banyak yang berubah... anak-anak makin membesar. 
  1. Easter : 8 tahun. Dah besar. Baruni dapat no 12. Ok la tu. Ada peningkatan sebab sebelum ni dia dapat no 21. huhuhu..
  2. Arthur : 4 tahun. Masih pakai pempes ketika tidur malam. Cakap pelat lagi tapi dia mewarna cantik. Next year dah nak masuk tadika.
  3. Esmeralda : 2 tahun. Delay speech sikit. Tak banyak bercakap tapi kuat mengadu dan suka menangis. hehehe.. 

Saya masih dengan hobi menjahit tapi tidak banyak peningkatan pun. Baruni sibuk nak siapkan prototype ssc. ingat nak submit ke MBW untuk tujuan review. Tapi belum ada masa yang selesa untuk siapkan prototype ssc tu. sobsss... inilah masalahnya dengan mak banyak anak dan bekerja ni. Bukan nak kata surirumah tak sibuk. Tapi bila bekerja ni lain sikit penangan dia. Penat hingga ke tulang som som...


1 ulasan:

dorsett pink berkata...

tu la lama giler sis tak update blog.. update la selalu, ramai orang tengah tunggu ni baca update pasal sis