Salam Sejahtera dan Selamat Datang

Ini adalah blog peribadi. Apa yang saya tulis adalah dari pengalaman atau pendapat saya sendiri kecuali saya nyatakan sumbernya. Mohon maaf kalau ada yang berkecil hati. Sila beri teguran jika ada yang tidak betul. ^_^


Pengikut

Isnin, 18 Ogos 2014

Jalan-Jalan Di Ipoh Part 1 : Golden Roof Hotel, Ipoh

Idea berjalan di Ipoh ni timbul bila saya balik rumah dan nampak muka anak2 yang kelihatan bosan. Rasa bersalah semakin bertambah bila memikirkan saya meninggalkan telah mereka selama 3 hari kerana menghadiri Mesyuarat di Hotel Syuen, Ipoh. Kesian anak-anak mama. Kesian juga Mak mertua yang penat menjaga mereka. 

Oleh itu, saya buat keputusan untuk bawa mereka berjalan-jalan. Lokasi yang dipilih Ipoh (padahal saya baru je balik dari Ipoh). Alasan pemilihan lokasi: Sebab dekat, tak jem, banyak kedai makanan, hendak ke Gerbang Malam dan hendak ke Pasar Karat. hehehe..

Entry kali ni saya cerita tentang penginapan kami di Golden Roof Hotel yang saya tempah secara last minute dari Agoda. Harga sewa RM98.00/1 malam untuk bilik Queen. Terima kasih Agoda!

REVIEW HOTEL
Lokasi hotel bukan terletak di tengah-tengah bandar. Jarak ke pusat bandar dlm 7km. Hotel ini mudah dicari menggunakan perisian Waze. Berdekatan dengan kedai mamak, Seven E dan gym. Ada kemudahan parking tetapi agak limited. Keadaan bilik bersih walaupun agak kecil. Lantai dilapik dengan papan dan ia selesa/bersih. Tiada almari dan cerek disediakan. bagaimanapun, air panas / sejuk boleh diambil dari luar bilik. dan yang penting tandas dan bilik air yang bersih. 

Jom kita intai gambar-gambar yang saya ambil ketika berkemas nak check out.

Mak dan Incik Papa sedang membuat pemeriksaan terakhir takut2 ada barang tertinggal

Laluan Koridor yang kemas. Hujung sana (dalam gambar) ada awek sedang ambil air panas. 

TV Flat Screen. Takde Astro

Kat ruang ini saya bentang toto yg dibawa dari rumah untuk Saya, Mak dan Mell tidur. 

Tandas yang bersih dan cantik.

Mak tidur sekali dengan kami kerana kalau nak tempah bilik asing dan Easter temankan dia tidur saya pasti mereka berdua takkan tidur. hehehe.. Tapi tak kisah. Mak mertua adalah mak saya juga. Tiada pilih kasih di hati saya. :)


Tiada ulasan: