Salam Sejahtera dan Selamat Datang

Ini adalah blog peribadi. Apa yang saya tulis adalah dari pengalaman atau pendapat saya sendiri kecuali saya nyatakan sumbernya. Mohon maaf kalau ada yang berkecil hati. Sila beri teguran jika ada yang tidak betul. ^_^


Pengikut

Isnin, 10 Februari 2014

Rentetan Kronologi TTC anak pertama yang bermula sejak saya berumur 15 tahun

Perjalanan ttc saya selalu saya kongsikan bersama rakan ttc di dalam group ttc malaysia (FB). Saya bercerita bagaimana susahnya hati mendapati period yang hanya menjelma 3-5 bulan sekali, bagaimana sakitnya hati dikata mandul, bagaimana sebaknya hati ketika terpaksa memberitahu hal sebenar kepada tunang (sekarang suami) bahawa jika dia kahwin dengan saya dia mungkin tidak akan memiliki anak. ((nangis)). Terima kasih buat suamiku. Sungguh yakin bahawa Tuhan akan memberikan kami anak. Syukur... kini kami memiliki 2 orang puteri dan seorang putera. (Easter Cassandra, Arthur Gade dan Esmeralda Cassandra).

Seingat saya, period pertama saya menjelma beberapa hari selepas peperiksaan UPSR. Sejak hari itu sehinggalah sekarang period saya tidak stabil iaitu 3 hingga 5 bulan sekali. Ketika memasuki alam sekolah menengah di tingkatan 1 saya mengadu kepada ibu saya tetapi dia kata dia pun tak tahu nak buat apa sebab dia tidak pernah menghadapi masalah seperti yang saya hadapi. Saya mengambil tindakan mendiamkan diri sehingga memasuki tingkatan 3. Ketika itu, perasaan saya bertambah risau. Saya cari info dari buku dan majalah (ketika itu saya tidak mengenali internet). Bukan hanya membaca mengenai organ peranakan wanita sahaja malahan saya turut membaca mengenai organ peranakan lelaki. Semakin banyak info yang saya tahu, semakin hati saya gelisah. Di usia 15 tahun saya dah bertanya pada diri sendiri "bolehkah aku mempunyai anak sendiri?"

Langkah pertama: Mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan (Poliklinik) Kuching.
Saya ke klinik seorang diri untuk mendapatkan rawatan. yelah, bila mengadu kat ibu, dia dengan pantas menjawab 'tak tahu' jadi saya perlu berdikari. Ketika itu telah hampir 6 bulan tak period. MA yang bertugas bertanya "pernah buat seks?" huhuhu.. merah muka masatu. cool beb.. saya jawab "saya baru 15 tahun, belum berkahwin dan tak pernah buat seks". MA sengih dan suruh saya amik sampel urin. Kena buat pregnancy test rupanya dan sudah pasti result '-ve'. Balik tu saya diberi ubat hormon yang perlu dimakan selama 7 hari dan hari ke 7 period datang dengan jayanya. tapi next tu.. tak period lagi setelah 3 bulan. errmmm..

Langkah kedua: Beli EPO dari farmasi
sumber gambar dari goole
Saya beli EPO di farmasi di Wisma Saberkas. Kalau tak silap brand Kordel's. Saya beli jumbo pack yang mengandungi 3 botol EPO. over tul. Yang penting saya guna duit sendiri (guna duit biasiswa). hehehe.. *terima kasih kepada Biasiswa Kecil Persekutuan yang memberikan saya RM300 setahun. Kamu juga menjayakan misi TTC saya* Saya makan EPO dengan penuh konsisten sehingga tingkatan 5 tetapi period tetaplah malas. 

Langkah ketiga: Beli multivitamin dan Vitamin E
Ketika di UiTM Perak, classmate saya Suhaimi atau abang Mie membebel mengatakan muka saya berminyak dan berjerawat. Dia kata perempuan yang ada masalah jerawat ni ada masalah hormon termasuklah hormon wanita. dehh.. dia lagi pandai. hehe.. jadi Abang mie temankan saya ke farmasi di Ipoh. Dia suruh beli multivitamin dan vitamin E. brand apa saya dah lupa. maka bertambahlah supplement yang ditelan. Sekarang makan EPO, multivitamin dan Vitamin E. oh ye.. sejak makan vitamin E muka saya bebas jerawat. Terima kasih Abang Mie. 

Langkah keempat; Herba Cina
Saya cuba herba cina juga. Beli di Wisma Saberkas. Kenapa asyik wisma Saberkas ye? takde wisma lain ke di Kuching. hehehe.. sebenarnya Wisma Saberkas best. Sekarang je dah tak best sebab takde dah tempat2 nak lepak (opss kantoi lepak kat sana). Back to the topic: herba cina ni macam panas. tak serasi. rashes naik seluruh badan walaupun dah minum banyak air putih. 

Langkah kelima; Diet
Berat saya ketika wajib diet ialah 68-70kg. wajib diet la kan. Ketika saat gemuk tu la saya jumpa dan berkenalan dengan suami. 

Langkah keenam; Berdoa
Ketika serius mahu melangkah ke alam perkahwinan, saya berdoa setiap hari semoga kehidupan kami suami isteri akan dihiasi dengan keriuhan anak2. Ketika itu saya angankan 4 orang anak. Saya juga sentiasa berangan muka anak kami akan ikut siapa.


Langkah ketujuh: berimaginasi
Saya tidak pasti adakah ini membantu. Tetapi setiap kali bersama suami saya akan berimaginasi benih suami akan bercantum dengan benih saya dan terbentuklah bayi comel. 

Halangan:
Suami saya adalah cikgu yang mengajar di pedalaman Kapit. Dia mengajar di SK Oyan Tengah. Perjalanan yang jauh masuk ke dalam hutan dan tidak ada kemudahan lain termasuklah tidak dapat dihubungi melalui telefon. Jadi kami juga adalah pasangan PJJ (perkahwinan jarak jauh).
Langkah kelapan:
Sebulan selepas berkahwin, tiba-tiba pada suatu hari nenek saya bertanya sudah berisi ke? saya jawab belum. Ketika itu nenek mengeluarkan kata-kata yang bagaikan bom di dalam hati saya. Nenek kata saya period 2-3 kali setahun. mungkin saya mandul. ((nangis lagi)). barulah saya terfikir untuk mengikut suami ke pedalaman untuk misi menjayakan projek baby. Jika tak follow dia macamna saya nak dapat baby? Jadi saya setkan masa selama 3 minggu untuk bersama dia di sekolah tu kemudian saya kembali ke kuching untuk mencari pekerjaan.

syukur ya Tuhan balik dari pedalaman, saya rasa tak sihat badan dan moody. perut pun rasa sebu, paha sakit dan asyik nak terkucil je setiap 1 jam terpaksa ke toilet. Suami kata saya kurang bersenam.  Masa tu saya dah 4 bulan tak period. Hati kecil kata saya hamil. Jadi dengan tangan terketar-ketar saya membuat urine pregnancy test dan mendapat result +ve. terharu sungguh bila mendapat ciuman bertubi-tubi daripada suami. Kami terus ke klinik untuk buat ultrasound. Nampaklah kantung kecil yang berusia lebih kurang 4 minggu (padahal saya tak period lebih 4 bulan masa tu). dan... inilah permata hati kami yang pertama diberi nama EASTER CASSANDRA. Dialah pembawa rezeki kepada kami sekeluarga. Selepas kelahiran dia, saya mendapat pekerjaan tetap di Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Kuala Lumpur. Kemudian suami berjaya transfer mengajar di SK Setiawangsa, KL. syukur yang teramat sangat.

Easter Cassandra at Cameron Highland year 2009

* Untuk TTC anak no 2 saya pernah ceritakan dlm blog ini. Perjalanan ttc anak no 2 adalah lebih sukar dan mencabar*

1 ulasan:

ayukhairy berkata...

Syl..seronoknya baca kisah syl