Salam Sejahtera dan Selamat Datang

Ini adalah blog peribadi. Apa yang saya tulis adalah dari pengalaman atau pendapat saya sendiri kecuali saya nyatakan sumbernya. Mohon maaf kalau ada yang berkecil hati. Sila beri teguran jika ada yang tidak betul. ^_^


Pengikut

Isnin, 17 Februari 2014

Puree Carot, Pear dan Apple

Bayi berusia 6-8bulan seeloknya diberi puree buah / sayur sebagai pengenalan pada solid food. Tetapi ada juga yg mengenalkan bayi dgn bubur nasi atau oat kerana melalui pembacaan saya, bubur nasi dan oat elok dimulakan ketika bayi berusia 7 bulan ke atas. Utk permulaan semasa bayi berusia 6 bulan memadai jika kita cuma beri puree buah / sayur dgn jumlah sikit dan ikut 4 days rule. 4 days rule ni adalah tempoh 4 hari kita beri bayi makanan dari jenis yg sama utk melihat keserasian @ penerimaan bayi terhadap mknan yg kita kenalkan.

Minggu ni saya dah siap sangai dan blend beras putih & perang. Selain tu stok ikan bilis pun ada. Tinggal nak tambah lauk pauk (puree) je. Cukup kot untuk saya sediakan sebiji carot sederhana besar, sebiji buah pear saiz agak besar dan 2 biji apple red delicious. Semuanya saya anggar cukup utk mell makan sekali sehari waktu malam. Hari siang mell makan hasil masakan Ummi Fatimah.

Cara penyediaan;
Buah dikupas , potong dan kukus.
Blend & tapis halus (blend buah ikut jenis. Jgn campur)
Letak dlm kiub ais bertutup. Ada dijual di Pasaraya Giant.
Kemudian bekukan.
Bila kiub puree dah keras beku boleh keluarkan kiub dan masukkan ke dlm bekas.
Letak semula dlm peti ais bahagian beku.
Saya labelkan jenis dab tarikh.
Puree ni tahan untuk 1 bulan. Tapi saya lebih gemar buat stok utk seminggu. Minggu depan nak buat stok puree lain pulak. :)

1 ulasan:

Mizz Farah berkata...

Sis..nak tanya..bli kat mana kiub ais tu..giant mana?..sy cari kat tmpt sy takde pon..semua yg tak bertutup.. :(((