Salam Sejahtera dan Selamat Datang

Ini adalah blog peribadi. Apa yang saya tulis adalah dari pengalaman atau pendapat saya sendiri kecuali saya nyatakan sumbernya. Mohon maaf kalau ada yang berkecil hati. Sila beri teguran jika ada yang tidak betul. ^_^


Pengikut

Selasa, 28 Januari 2014

Easter Darjah 1

Pejam celik pejam celik. Masa berlalu dengan pantas. Easter kini darjah 1. Syl sangat risau memikirkan banyak benda. Termasuklah bagaimana dia nak berebut beli makanan di kantin. Adakah Easter ok bergaul dengan orang. Easter yang manja. Easter yang super aktif.

Baru ni dia diberi kepercayaan untuk menjadi Penolong Ketua Kelas. Syl rasa ianya cukup bagus untuk membentuk peribadi dia yang super dupper manja, banyak main, super bercakap dan super aktif. hihihi.. semoga Easter mampu memegang amanah. Risau je syl ni. padahal Penolong Ketua Kelas Tahun 1 Dinamik je. hahahaha..

Persiapan sekolah Easter kami buat penuh sederhana. Jimat cermat tetap diutamakan. Syl survey persiapan sekolah Easter sejak Oktober 2013 lagi. Jadi memang dah aim tempat murah. Dan yang paling syok, baju dan kasut Easter banyak Syl beli di Sarawak. Beli kat Kota Sentosa (Batu 7), India Street dan Gambier Road. *Baju sekolah harga RM15.00 sepasang & kasut harga RM9.00 sepasang* murah tak? murah tak? Jadi korang yg bercuti ke Sarawak rajin2 lah ke tempat yang syl sebut ni. Belek la baju dan kasut. Jika nasib baik korang akan terjumpa yg beharga murah.

Oh ye, baru ni Easter terjatuh kat sekolah. dapat luka seperti dalam gambar tu ha. Kali ni Encik Papa menjadi nurse. Best pulak sekali sekala tengok encik Papa merawat anak dia. selalunya mama je yg buat. Diam je Easter bila Papa yang cuci luka. Tapi bila kena dgn Mama, meraung sakan sebab mama cuci dgn alchohol swap. kuang kuang kuang.. pedih la dik non. tpi kuman mati kan kan kan.


4 ulasan:

:: Mrs.Eady :: berkata...

alahaiii..dah baik ke luka nyer?

ekin razak berkata...

Mesti sakitkn syl...pedih 2..cian kakak ester..

ekin razak berkata...

Aduiiiii..mesti sakitkn syl..pedih 2..cian kakak eter..

Jueliza Jamani berkata...

sakitnya... alahai sian Esther..