Salam Sejahtera dan Selamat Datang

Ini adalah blog peribadi. Apa yang saya tulis adalah dari pengalaman atau pendapat saya sendiri kecuali saya nyatakan sumbernya. Mohon maaf kalau ada yang berkecil hati. Sila beri teguran jika ada yang tidak betul. ^_^


Pengikut

Rabu, 5 Jun 2013

Pertama Kali Bermesra Dengan Mesin Jahit Singer ku

Sejak beli mesin ni beberapa minggu lepas Syl tak pernah test pun lagi.
Hati sentiasa berhasrat nak menjahit tetapi terhalang oleh kekangan masa dan benda lain yg lebih penting.
Harap cik Singer ni tak kecik hati.

Dipendekkan cerita pagi ni Syl takleh tidur sejak terjaga pukul 3 pagi. Mata terkebil-kebil sambil melayan adik baby dalam perut yang bergerak2 (tak tidur jugak budak ni).
Tiba2 teringat bedung baby ada 2 helai lagi belum siap jahit tepi. Huhuhu..
So, terlintas di fikiran.. Ni masa terbaik utk berkenalan dengan cik Singer. :)
Maka aktiviti menjahit bersama cik Singer pun bermula.

Komen;
Cik Singer memang best. Smooth je menjahit. Bunyi tidaklah bising. Jahitan sempurna. Lambat sikit sebab kayuh tapi senang control. Pendek kata,,, Syl sgt suka. Senyum sampai ke telinga wehhh..

Selain cik Singer, Syl sudah ada toolbox untuk menyimpan sedikit khazanah menjahit. Sebelum ni simpan dalam kotak kasut (kesian).

Bedung;
Syl guna kain flannel. Beli kat kedai kain yang berhadapan dengan kompleks Selayang Mall. Harga RM7.50 semeter. Benci mahal. Kalau beli kat Nagoya harga cuma RM5.50 kot semeter. (atau lebih murah). Tapi sebab kesuntukan masa Syl rembat je 2 meter; 1 meter hello kitty purple dan 1 meter hello kitty pink. Syl jahit terus je 1 meter. Maka bedung ni agak besar dan selesa nk guna. Harga bedung di pasaran dalam RM15 sehelai. Tu pun tak sampai 1 meter.

*Easter agak cemburu bila Syl pilih corak kartun hello kitty*

Tiada ulasan: