Salam Sejahtera dan Selamat Datang

Ini adalah blog peribadi. Apa yang saya tulis adalah dari pengalaman atau pendapat saya sendiri kecuali saya nyatakan sumbernya. Mohon maaf kalau ada yang berkecil hati. Sila beri teguran jika ada yang tidak betul. ^_^


Pengikut

Selasa, 25 Jun 2013

Minggu Pertama Dalam Pantang - HANCUSSS

Sedih nak cerita.
Syl rindukan jagaan mak sendiri.
Syl rindukan teguran mak yg banyak beri nasihat yg masuk akal.
Terasa nk call mak. Tapi syl sengaja tak call. Takut menangis. :(

Lauk syl sayur timun. Syl tak kata apa. Syl amik ayam je.
Syl taknak makan lauk sardin dlm tin. 3 kali syl kata. 'Saya tak nak.. Saya taknak.. Saya taknak..'
Syl suka bengkung. Tpi dikata sakit. Payah nk berjln. Takyah pakai la. (syl pakai je dgn muka mencuka).
Syl banyak bergerak. Hari ke 4 syl dah cuci peti ais. Err.. Syl tak puas hati kalau org lain cuci. Syl nak simpan EBM sebenarnya. So, perlu jaga kebersihan tahap 5 bintang utk si comel.
Syl tak suka ikan salai. Hehe. Jgn paksa syl mkn.
Ada ke patut.. Syl disuruh mkn pulut. Huhu..
Syl sentiasa mkn lambat. Pukul 2 ptg.. Kalau dgn mak syl. Syl org pertama yg akan mkn dulu. :(

Huwaaa.. Serius syl rindukan mak sendiri.

Walau apapun. Syl faham. Mungkin cara dia berpantang dulu lain. Mak Syl berpantang memang ada pengaruh cara Melayu sebab kampung kami dikelilingi perkampungan Melayu. Apapun, yang penting. Anak2 Syl dijaga dengan baik dan penuh kasih sayang. Syl bersyukur sangat2. Jika harapkan mak Syl sendiri nak dtg ke Semenanjung untuk jaga Syl ni ibarat menunggu bulan jatuh ke riba. huhu.. inilah nasib anak perantau. Semoga Tuhan terus memberikan Syl dan keluarga nikmat kesihatan yang baik dan sentiasa dimurahkan rezeki /  bahagia selamanya. *senyum sikit*

2 ulasan:

Ina Hashim berkata...

siannya....sabar bebanyak....timun, pulut semua tuh mmg pantang larang orang Melayu...boleh buatkan rahim sejuk dan berangin....ikutlah kata hati sendiri, klu dirasa memudaratkan tolaklah dengan baik2...semoga beliau memahami

ayu berkata...

Syl....syahdunya baca entri syl...moga syl kuat ye hadapi pantang kali ni...tak mo tensen2 ye