Salam Sejahtera dan Selamat Datang

Ini adalah blog peribadi. Apa yang saya tulis adalah dari pengalaman atau pendapat saya sendiri kecuali saya nyatakan sumbernya. Mohon maaf kalau ada yang berkecil hati. Sila beri teguran jika ada yang tidak betul. ^_^


Pengikut

Jumaat, 21 Jun 2013

Bersalin - part 4 : review bersalin di Gombak Medical Centre

Mungkin ini part yg ditunggu oleh rakan-rakan pembaca siri bersalin ini. (perasan pulak syl yg ada org mengikuti siri bersalin ini. Ekeke).
Secara keseluruhannya bersalin di GMC adalah sangat baik. Review kalini saya akan mulakan dengan part 'perlu perbaiki'.

(PERLU PERBAIKI)
Perlu ada papan tanda di grill pintu masuk ke GMC yg dijadikan laluan masuk pada waktu malam. Untuk pengetahuan semua. Syl gi GMC pada pukul 12.30-1 pagi (lebih kurang). Dlm 5 minit juga cari pintu masuk. Nasib baik ada malaikat gitau kena tekan loceng kat belakang grill. (laa.. Ada loceng?). Hehe.. Kenapa syl kata dia malaikat? Sebab dia duduk dating tak jauh dari situ dan dia tau dimana loceng GMC. Tanpa dia kami mesti tak tau nk buat apa. Mesti tukar ke plan B iaitu bersalin di hospital Selayang. Haa... Kan ke rugi GMC. Ekeke.

(PERLU DIPUJI)
Kakitangan GMC yg mesra dan sopan. Selalu bagi salam terlupa yg syl ni non muslim. Tpi syl tak kisah. Memang selalu org bagi salam. Sebab muka syl mcm org muslim kot. Hehe.
Kelengkapan wad / bilik yg memuaskan dan bersih. Makanan tidak boleh pilih tapi it's ok. Syl jenis manusia bersyukur. Tak kisah dan ngap apa saja.

Pernah ada org komplen yg GMC takde lif dan terpaksa guna tangga. Bagi syl ianya ok. Dalam menahan sakit bersalin kalau boleh syl nk pinjam tangga tu utk syl buat senaman nk bgi cepat bukaan. Syl sebelum gi GMC syl dah siap sapu/mop seluruh rmh. Tandas pun syl cuci. Nak bagi cepat full dilate memang kena usaha sikit. No manja2. Paksa diri tu bergerak. Maka dengan izin Tuhan kita akan dimudahkn bersalin.
Labor room dia tak besar. Tapi ok la. Takde masalah. Suami juga dibenarkan masuk utk teman isteri.
Syl dapat wad seroja. Ada dua katil. 1 utk pesakit dan 1 utk org yg temankan. Bilik dia kemas. Tak besar tapi selesa. Jgn pulak korang bayangkan bilik hospital private yg mahal tu ye. Bilik di sini sekadar ringkas dan kemas. Ada ekon don worry.

(CAJ / KADAR BAYARAN)
Sebelum keluar syl dah minta encik papa keluarkan duit berkepuk (3-4 ribu tu syl anggap berkepuk dah tu). Syl standby byr mahal sikit sebab syl agak tido situ dlm 2 mlm. Huhu... Tapi syukur. Caj bersalin syl RM1602 je. Pastu syl tambah pakej home nursing/berurut 3 hari dengan kos RM350.
Maka tamatlah review syl ini. Jika ada yg syl nak tambah nanti syl tambah. Update blog ni sambil baby nenen. Ayat tunggang terbalik harap maaf ye.

Jiran katil Syl yang hensem sedang mentelaah pelajaran sebab esoknya ada Exam di UPSI. Banyaknya jajan dia.
Papa dan Baby
Cenderahati dari Gombak Medical Centre. Terima Kasih. Ilebiu...
Breakfast
Dinner. Lunch lupa ambil gambar. Ke ni lunch dan dinner yang lupa ambil gambar.

6 ulasan:

Maria Firdz berkata...

Selamt berpntang kak syl...

ayukhairy berkata...

Tiba2 rasa nak bersalin kat GMC plak nanti...hehe....lambat lg laaaa

Juju berkata...

TQ sbb tinggalkan review, saya sedang terfikir mana nak pegi, alhamdulillah nak cuba pegi gmc untuk follow..TQ syl

Unknown berkata...

hai syl, its g00d t0 read yr rvw cz im g0ing t0 dlvr at gmc ths june. pakej h0me nursing kene regstr earlier dgn gmc ke?

Unknown berkata...

hai syl, its g00d t0 read yr rvw cz im g0ing t0 dlvr at gmc ths june. pakej h0me nursing kene regstr earlier dgn gmc ke?

MummyGojez berkata...

Kakak ipar sy bersalin dekat sini.. ok la kan cas nya x de la mahal mana..btw sy ada buat entri rate dan pakej bersalin di Pusat Perubatan Naluri. Please do visit my blog ..

http://mummygojez.blogspot.com/2015/01/pakej-bersalin-pusat-perubatan-naluri.html?m=0