Salam Sejahtera dan Selamat Datang

Ini adalah blog peribadi. Apa yang saya tulis adalah dari pengalaman atau pendapat saya sendiri kecuali saya nyatakan sumbernya. Mohon maaf kalau ada yang berkecil hati. Sila beri teguran jika ada yang tidak betul. ^_^


Pengikut

Khamis, 20 Jun 2013

Bersalin - part 3 : saat cemas di labour room Gombak Medical Centre

20/6/2013 : 9.00 pagi
Syl tahu. Harini akan jadi satu lembaran sejarah buat benih cinta kasih kami yg ke 3. Contraction yg semakin kuat menyebabkan syl rasa hampir hilang tenaga. Syl suntik semangat pada diri sendiri supaya 'all out' demi si newborn.

Dr. Hamiza sampai tepat pada masanya. (9.00 pagi) Mesti dia laju bawa kete. Ke dia merempit. Ekeke.. Anyway. Dr. Hamiza seorang yg cekap. Kata2 dia tenang dan meyakinkan.

Setelah dibetulkan kedudukan 'kangkangan' kaki yang mana syl memegang kaki sendiri atas pilihan syl (syl menolak utk guna alat penyokong kaki). Dr. Hamiza pecahkan ketuban dan berpesan utk push baby bila ada contraction.

Contraction pertama syl agak gopoh serta kurang fokus. Nafas syl tersekat dan syl stop utk amik nafas baru.

Contraction kedua tiba beberapa saat tapi cukup utk syl tarik nafas panjang. Syl cuba kawal nafas / tidak push terlalu kuat supaya nafas cukup. Err.. Camne nk cerita ye.. Hehe.. Tapi mcm tak cukup jugak.. Cepat2 syl tarik nafas lagi dan terdengar sayup2 suara nurse/doc beri semangat (Geram... Geram.. Jgn angkat punggung.. Dagu ke dada) terus syl ada semangat dan terasa baby meluncur keluar. Ajaibnya.. Sakit dah hilang. Hoyeh!!!

Baby lahir: 9.06 pagi.
Berat: 3 kg
Jantina: perempuan

Dr. Hamiza beritahu yg syl takde luka perlu dijahit. Wow.. Itulah idaman syl. Berjaya jugak kalini. Hehe. Terima kasih doktor. Terima kasih nurse.

Kemudian nurse buang darah beku. Fuh.. Sakitnya tak. Cuma tak selesa. Agak banyak jugak darah beku sebab nurse tunjuk. Seriau.. Bleeding kah syl. Hehe. (banyak sgt fikir). Syukur ia normal je.

Err.. Terima kasih juga pada encik papa yg kepucatan dan kesejukan melihat keadaan syl yg sakit / susah payah melahirkan zuriat kami. Tidak terucap bahagianya rasa hati saat encik papa kucup dahi sambil kata terima kasih melahirkan anak kami yg ke tiga. Syl juga berterima kasih atas kemachoan dia menemani syl di labour room serta kesabaran dia bila syl marah2 pasal apa ntah.. Syl sakit dia tanya soalan pelik2 jadi marah la syl. Hehe..

Tiada ulasan: