Salam Sejahtera dan Selamat Datang

Ini adalah blog peribadi. Apa yang saya tulis adalah dari pengalaman atau pendapat saya sendiri kecuali saya nyatakan sumbernya. Mohon maaf kalau ada yang berkecil hati. Sila beri teguran jika ada yang tidak betul. ^_^


Pengikut

Khamis, 20 Jun 2013

Bersalin - part 2 : pindah wad dan sakit contraction yang amat

20/6/2013
Tidur tak lena tapi syl paksa diri untuk tidur dalam kesakitan. Contraction semakin kerap dan rasa makin ummpphhh.. Haha.
Sangat kesian tgk encik papa tidur di kerusi malas. Mesti sakit badan. Syl dah offer utk dia tido sekatil dgn syl tpi dia taknak. Selimut dia pun takde. Baru teringat.. Beg hospital masih dlm kereta! Takpe la. Syl beri selimut syl kat dia. Syl yg layan contraction tak perlu selimut sgt. :)

7.00 am 
Bidan dtg check.
BP ok dan tapi bukaan baru 4 cm. Nak nangis... Lambatnya bukaan. Bidan tanya. Contraction brapa minit sekali? Syl jwb 4 min sekali. Dengan confident dia kta ok dijangka bersalin tengahari. Huhu.. Tengahari?? Uwaaa..
Eh.. Bidan GMC ni lawa. Syl lupa berkenalan. Tpi memang lawa. Nurse2 kat GMC pun lawa. Sejuk mata memandang.

Lepas siap check. Syl minta hasben balik utk uruskn anak2. Easter kena gi tadika. Arthur mesti cari syl dan papa dia (dorg dijaga nenek dorg).

8.00 am
Syl dipindahkan ke wad yg lebih selesa (WAD SEROJA). Ada 2 katil. 1 katil pesakit dan 1 katil utk peneman. Syl breakfast milo dan krim kraker. Sakit2 pun kena mkn ye. Utk tenaga.
Lepas tu nurse datang utk buat ctg. Sambil2 tu nurse pesan supaya bila dah tak tahan sakit gitau awal2. Jgn gitau masa baby dah nk keluar. Syl angguk sambil senyum.

8.30 am
Encik papa sampai. Syl cite yg syl sakit sgt. Ada gesaan meneran tpi bukaan baru 4 cm. Hoho.. Pepandai je syl cakap camtu. Encik papa tak percaya. Dia panggil nurse dan gitau syl dah sakit nk bersalin. Nurse dtg dan tgk graf ctg. Nampak sgt 'sakit' dan heartbeat baby dah turun. So nurse soh gi labour room.

8.50 am
VE dibuat dan nurse gitau dah fully dilate. Syl cam pelik.. Tapi ketuban lom pecah. Dlm otak membayangkan baby akan keluar dgn sarung dia la kalau macam ni gaya. Kihkih.. Tpi masa yg sama contraction kuat oi.. Rasa nk jerit je. Bila nurse nk buat ctg, syl kata taknak nurse. Sakit.. Nurse yg cantik dan baik hati tu tunaikan. (sungguh tak tipu. Saat kritikal contraction memang sakit buat ctg).

Nurse kemudiannya call Dr. Hamiza. Encik papa tanya nurse Dr. Hamiza stay mana? Bila nurse jwb Taman Melati terus syl rasa nak nangis. Sempat ke Dr. Hamiza sampai? Nurse jawab. Sempat. Dr. Hamiza laju. Lagipun nanti Dr. Hamiza akan pecahkn ketuban dan baby akan meluncur keluar. (pandainya nurse tenangkan hati syl).

9.00 am
Dr. Hamiza sampai. Pakai apron dan sarung tangan... Bersambung..


Tiada ulasan: