Salam Sejahtera dan Selamat Datang

Ini adalah blog peribadi. Apa yang saya tulis adalah dari pengalaman atau pendapat saya sendiri kecuali saya nyatakan sumbernya. Mohon maaf kalau ada yang berkecil hati. Sila beri teguran jika ada yang tidak betul. ^_^


Pengikut

Jumaat, 26 April 2013

Supplement Anak ; Minyak Habatussauda

Syl selalu terfikir nak beri anak makan habatussauda. Berdasarkan pembacaan, ia punyai khasiat tersendiri dan jika diamalkan secara berterusan boleh mengubat sesetengah penyakit.


Untuk diberi kepada anak, Syl cari habatussauda yg sudah diproses menjadi minyak. Anak syl sudah semestinya takkan suka habatussauda mentah (biji). Guna minyak ni senang nak 'sorok' dalam susu dia. Hehe.. (syl beli dari Mell Roslan

Jangan beri habatussauda ketika anak demam. Secara logiknya habatussauda ni bersifat panas. Kalau anak demam sila stop dulu pemberian habatussauda. Sebagai ganti, bagi anak minum air kelapa untuk menyejukkan. Selain tu. Jika anak berhingus warna hijau pun tidak digalakkan beri habatussauda. Maka, sila perhatikan setiap perubahan fizikal anak sebelum beri apa2 suplement tak kira dari sumber natural atau bukan.

Now anak syl si AG dah start diberi habatussauda sekali sehari. Caranya syl beri sikit (3-4 titis minyak) ke dlm susu dia. So far syl tengok ada sedikit perubahan. Dia dah tak selsema. Tinggal batuk je. Harap2 tak lama lgi batuk dia pun terus hilang. ;-)

Update: harini 29 April. Setelah lebih kurang seminggu AG minum susu ber'habatussauda' dengan izin Tuhan, AG dah tak batuk. Syukur.. Selalunya makan ubat klinik pun dia akan ambil masa 2 minggu utk sembuh. Thanks buat mereka yg berusaha menyebarkan khasiat dan kebaikan sumber alam semulajadi ini. Ilebiu....

-
-
-

1 ulasan:

melur.roslan berkata...

Great job mummy syl.
Hope lebh ramai ibu ibu yg guna natural remedy.