Salam Sejahtera dan Selamat Datang

Ini adalah blog peribadi. Apa yang saya tulis adalah dari pengalaman atau pendapat saya sendiri kecuali saya nyatakan sumbernya. Mohon maaf kalau ada yang berkecil hati. Sila beri teguran jika ada yang tidak betul. ^_^


Pengikut

Rabu, 24 April 2013

Antenatal Checkup Di Hospital Selayang Bahagian Full Paying Patient (FPP)

Syukur dah masuk 29 weeks ++. Sepatutnya harini Syl checkup di KKIA tapi Syl decide nak checkup di Hospital Selayang FPP. Bila dah checkup sini tak perlulah checkup di KKIA sebab kita checkup dgn gov jugak. Bezanya ia adalah 'berbayar'.
Hasben seperti berat nak ke Hospital Selayang. Alasan dia, leceh cari parking. Ye.. Memang munasabah alasan dia. Agak sukar mencari parking pada pukul 9 pgi. Parking penuh. Tapi atas nasihat guard yg baik hati. Kami dibenarkan buat double park dengan syarat tarik handbreak.
Bila tiba saat nk daftar. Rupanya kaunter fpp ada di lobi 1. (berapa banyak lobi daa). Hehe.. Dan yg agak bosan bila nurse kat kaunter daftar tanya 'ada buat appointment ke?' Syl terkulat2 dan tanya semula 'perlu buat appointment ke? Saya tak tahu prosedur'. Huhuhu.. Haru.. Haru.. Kurang meng'google' perihal fpp ni la jadinya. Nasib baik ada doc. Tu pun hanya ada Dr. Phillip. Syl nak dengan Dr. Roslan sebenarnya. Tapi Dr. Roslan ada hal. Erm.. Takpela. Dr. Phillip pun boleh.
Bayaran kali pertama ialah RM100 + RM10 (pendaftaran) = RM110. Selepas urusan daftar Syl dikehendaki check urine dan BP. Semua check kat tempat biasa bersekali dengan pesakit lain. (sekali lagi bayangan Syl meleset. Ingatkan ada klinik khas seperti hospital private lain. Hehe). Tapi walaupun check dengan pesakit lain Syl tak perlu menunggu. Buat tanpa amik nombor. Cuma perlu cakap saya patient fpp. Laju je nurse buatkan..
Selepas urusan check air kencing dan BP Syl tunggu di klinik Dr. Phillip. Oye, catatan kehamilan continue guna buku merah checkup di KKIA. Ia memudahkan doktor tengok kronologi kehamilan kita.
Tunggu Dr. Phillip sampai pukul 11. Lama giler. Hasben dah panas duduk. Dia perlu mengajar sesi petang. Syl relax je sebab memang plan cuti. Bila tanya nurse.. Nurse kata Dr. Phillip berada di OT. Okay.. Syl beritahu hasben. Biasalah doc lambat. Bukan sengaja. Dia sedang selamatkan nyawa orang.
Lupa nak cerita. Rupanya Dr. Phillip ni India. Erm.. Takpela. Syl takde masalah. Bercakap dgn Dr. Phillip pun selesa. Dia nampak bersemangat walaupun baru keluar dari OT. Sembang-sembang dengan dr. Phillip.. Syl diberitahu bahawa labour room utk FPP masih berkongsi dgn labour room pesakit lain. Tpi dr. Phillip kata dont worry. Setiap pesakit ada bilik labour room masing-masing. Kebanyakan labour room hospital baru seperti Selayang, Ampang, Putrajaya ada bilik2 utk labour room dan bukan jenis tarik tirai sepertimana Syl bersalin di Hospital Kuching dulu. Hihi.. Oye. Prosedur bersalin utk FPP ni masih seperti prosedur biasa iaitu daftar di dewan bersalin dan maklumkan yg kita adalah FPP. Then doc yg incharge situ akan hubungi Dr. Phillip (gynae Syl). Apabila confirm nk bersalin. Perlu bayar deposit sebanyak RM3000. Kos sebenar bersalin normal bawah RM2500 manakala operate bawah RM5000. Andaikata memerlukan nicu atau icu, automatik akan ditolak kepada hospital selayang untuk elak bebanan kos kepada pesakit.
Laporan Baby Adik;
Jantina : girl (setakat ni tak berubah lagi). Cuma dr. Phillip kata berat baby dah 1.7kg which is kalau ikutkan seperti usia 30 weeks. Apapun dr. Phillip kata masih boleh ikut edd. Kedudukan baby masih breech. Tapi takpe sebab masih ada ruang utk baby berpusing. Moga dah dekat cukup bulan nanti baby adik akan berpusing dan enggage sempurna. Moga mudahlah Syl bersalin. Amin...

Tiada ulasan: