Salam Sejahtera dan Selamat Datang

Ini adalah blog peribadi. Apa yang saya tulis adalah dari pengalaman atau pendapat saya sendiri kecuali saya nyatakan sumbernya. Mohon maaf kalau ada yang berkecil hati. Sila beri teguran jika ada yang tidak betul. ^_^


Pengikut

Rabu, 6 Februari 2013

Syukur Sudah Hampir 5 Bulan

Pakai blouse & skirt Scarlet. Suka design brand ni. murah gak tau..
Adik Baby (AB) dah mula semakin kerap bergerak terutama dari petang hingga ke malam.
2-3 hari ni notice yg AB rajin bergerak pagi-pagi pulak.
Rasa pergerakan yang kerap sama seperti kakak Ete.
Kalau Abang AG rasanya dia lebih malas gerak. Suka tido. Like father like son kot. ekeke..

Gender?
Dr. Shaheran dari Gombak Medical Centre (GMC) kata.. "it's look like a girl"
yeyehhh.. Thanks God. Kami tak kisah girl or boy. Semoga anak mama sihat dan bijak.
Bila dah tau gender ni mulalah fikir nak shopping.
Tapi hasben masih nk repeat scan. Ikutkan temujanji, akan scan semula by 24 wks nanti.
Nak repeat scan guna 4D pulak kata dia. hehe..
Pepun lom shopping apa2 lagi.
Syl rasa nak shopping barang syl dulu. So.. mulalah misi bertanya dan menggogle.
Benda pertama yang syl cari ialah set bersalin.
Baca punya baca.. syl tertarik dengan Jamu Selapan Air Mancur.
Jamu ni lama dah orang guna. Rasanya sejak zaman nenek syl lagi kot.
Orang kata jamu ni panas. Biasalah panas kan. Nama pun jamu. Semoga AB ok bila mama mkn jamu nanti.
Kalau AB menunjukkan sifat2 mereject jamu. syl akan cuba kurangkan dos. Tapi jamu tetap nk makan.
*sebab syl dah tgk sendiri kesan orang berpantang tak amik jamu berbanding dgn yang amik jamu*

Why pilih Jamu Selapan Air Mancur?
  • Produk yg digunakan sejak dulu-dulu lagi. 
  • Murah. Around RM50-RM70. kalau tak habis pun tak ralat. (tapi syl akan cuba habiskan).
  • Tidak ada tiruan. Sebab ia bukannya produk glamer sgt. So, takde tiruan.
  • Suka pakaging dia dlm tin. Nampak bersih dan tin tu syl nak guna simpan alatan menjahit syl. hehe..
  • Tradisional. Personally, syl suka yang bersifat tradisional terutama yang bancuh2 tu. Syl suka bau rempah.

Masa berpantang kakak Ete dan abang AG dulu syl guna Jamu Selapan Mustika Ratu.
Kenapa tukar? jawapan = Saje nak tukar selera. hehe.. kalau sgt tak serasi. Syl berpatah balik kepada Jamu Selapan Mustika Ratu pulak.


Tiada ulasan: