Salam Sejahtera dan Selamat Datang

Ini adalah blog peribadi. Apa yang saya tulis adalah dari pengalaman atau pendapat saya sendiri kecuali saya nyatakan sumbernya. Mohon maaf kalau ada yang berkecil hati. Sila beri teguran jika ada yang tidak betul. ^_^


Pengikut

Selasa, 3 Julai 2012

Upacara Miring Adat Orang Iban

Pasti ramai yang tak pernah nampak upacara ritual seperti ini.
Terutama orang Semenanjung.
Syl pun jarang nampak disebabkan family syl kebanyakannya mempunyai agama.
Upacara miring biasanya dibuat oleh golongan pagan / tidak beragama.

Kali ni Syl berkesempatan melihat upacara miring pada 31 Mei 2012 lepas di Kg Selepong, Sri Aman, Sarawak.
Upacara ni dibuat oleh bomoh atau kami kenali sebagai 'manang'.
Tujuan miring ni ada banyak. Tapi apa yg Syl cerita ni, tujuan miring adalah untuk 'menjaga' 'pengaroh'.
'Pengaroh' adalah something yg menjaga tuannya. Ada 'pengaroh' untuk kuat, berani, dan lain2.
Syl tak pasti yang nak dijaga ni 'pengaroh' apa. huhuhu.. saja taknak tau.

Tak pandai nak cerita banyak2.
Biar gambar bercerita.

Bahan dan alatan yang digunakan dalam upacara 'miring'. Cuba cari mana 'pengaroh' kat sini.

Inilah 'manang' atau bomoh.

Ayam ni akan di 'biau' dengan cara dikibas2 pada 'pengaroh'. kemudian akan disembelih sebagai korban.

1 ulasan: