Salam Sejahtera dan Selamat Datang

Ini adalah blog peribadi. Apa yang saya tulis adalah dari pengalaman atau pendapat saya sendiri kecuali saya nyatakan sumbernya. Mohon maaf kalau ada yang berkecil hati. Sila beri teguran jika ada yang tidak betul. ^_^


Pengikut

Ahad, 15 Julai 2012

Saya Angankan Untuk Bina 1 Lagi Blog Khas Dalam Bahasa Iban

Sesiapa yang rapat dengan saya mungkin tahu bahawa Bahasa Iban saya tidaklah secekap saya berbahasa Melayu.
Pelik tapi benar.
Bagi saya, Bahasa Iban agak rumit. Sebab itu saya lebih gemar mencampur adukkan bahasa Iban dengan bahasa Melayu dan English setiapkali berkomunikasi dalam bahasa Iban.
Pernah juga saya ditegur secara terang-terangan di dalam FB ekoran ada mata yang kurang senang melihat saya asyik berbahasa Melayu dan anak saya yang tidak tahu bercakap bahasa Iban.
Saya sedih. Ye, saya sangat sedih
Kerana saya merasakan akan ada pihak beranggapan saya adalah Kacang Yang Lupakan Kulit.

Untuk mempertingkatkan kemahiran bahasa Iban saya, salah satu caranya adalah menulis.
Maka, idea penulisan sedang dicari. Besar kemungkinan saya akan buat satu lagi blog khas untuk kampung saya. Sudah semestinya bahasa yang digunakan adalah Bahasa Iban.
Semoga usaha saya ini akan disambut baik oleh Kumpulan RTDK (Raban Tungkah Dayak Kitai).
Kerana hasil penulisan saya akan merujuk info yang mereka sampaikan di dalam kumpulan FB tersebut.

Usul saya untuk membina blog RTDK akan dikemukakan untuk mendapat keizinan dari ahli RTDK.  Sekiranya tidak dipersetujui saya tidaklah ralat sangat sebab blog belum direka lagi.

Berdebar.....

Kumpulan Raban Tungkah Dayak Kitai (RTDK) Dalam Facebook 


2 anak Iban yang comot. hehehe..

1 ulasan:

agatstevie berkata...

Sokong. 100% Endun, jampat2 beblog dlm bhs iban.. :)