Salam Sejahtera dan Selamat Datang

Ini adalah blog peribadi. Apa yang saya tulis adalah dari pengalaman atau pendapat saya sendiri kecuali saya nyatakan sumbernya. Mohon maaf kalau ada yang berkecil hati. Sila beri teguran jika ada yang tidak betul. ^_^


Pengikut

Rabu, 25 Julai 2012

Nak tambah anak (TTC) - Part 2 : Supplement

Salah satu benda penting yang perlu diambilkira bagi mereka yang sedang TTC ialah supplement.
Bagi mereka yang mengamalkan pemakanan sihat mungkin tidak perlu supplement.
Tapi yakinkah kita semua bahawa apa yang kita makan semuanya seimbang?

Folic Acid merupakan supplement paling penting dan perlu diambil sebaik-baiknya 3 bulan sebelum hamil.

Kenapa Folic Acid Penting?
Merupakan ahli kumpulan vitamin B yang  berfungsi dalam pembinaan dan kesejahteraan sel-sel dalam badan  manusia.  Folic Acid ini penting untuk pembentukan saraf2 bayi.

Adakah saya juga sudah mengambil Folic Acid?
Jawapan: Ya. Bagaimanapun, sebelum ini saya hanya mengambil folic acid apabila teringat. Sehinggalah semalam saya ke farmasi untuk membeli supplement keluarga dan tiba-tiba saya terpandang Obimin. Saya teringat bagaimana saya TTC sebelum ini dimana doktor Zalina (Dr. Pakar Wanita kini bertugas di Hospital Ampang Puteri) memberi saya Obimin yang mempunyai kandungan lengkap merangkumi kesemua vitamin yang diperlukan hanya dalam 1 tablet. Asid folik, iron, vitamin C semuanya terdapat dalam 1 kapsul yang dimakan sebiji sehari. Mudah kan?

Pernah saya utarakan soalan "Bukan ke Obimin ni hanya sesuai utk wanita hamil dan menyusu je?"
Dr. Zalina jawab. "sesuai juga utk wanita yang sedang merancang hamil. Apabila kamu hamil. Teruskan pengambilan Obimin di sepanjang kehamilan dan juga tempoh menyusukan anak"

 Maka saya buat keputusan utk ambil supplement Obimin sahaja.


Obimin tidaklah mahal sangat.
Harga tidak sampai RM20. Semalam beli kat farmasi di Taman Melati, KL dapat harga RM16.++ (ada diskaun).


7 ulasan:

izzah berkata...

betul tu...rmai yg suggest makan obimin or folic acid kalau nk try to conceive...insyaAllah..kalau ada rezki xkn kemana =)

salam kenal dr saya =)

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P berkata...

ooh baru dapat tahu info ni..
(lari cepat2 pergi farmasi)

intanfirdaus247 berkata...

owh boleh makan ni ye kalau nak ttc? saya ada beli tapi x makan..lepas n leh makan balik...awak makan yer masa nak ttc dulu?

Myluv - Syl berkata...

intanfirdaus247; ye. masa ttc saya amalkan vitamin ni.

Lavender berkata...

boleh tak mkn obimin ni at the same time mkn asid folic jugak ?

Unknown berkata...

Assalam. Nak tnya, boleh tak makan obimin PLUZ klau nak conceive? Mekasih

Unknown berkata...

Assalam. Nak tnya, boleh tak makan obimin PLUZ klau nak conceive? Mekasih