Salam Sejahtera dan Selamat Datang

Ini adalah blog peribadi. Apa yang saya tulis adalah dari pengalaman atau pendapat saya sendiri kecuali saya nyatakan sumbernya. Mohon maaf kalau ada yang berkecil hati. Sila beri teguran jika ada yang tidak betul. ^_^


Pengikut

Rabu, 27 Jun 2012

Kenapalah saya suka marah si Easter. Tolonglah nasihati saya.


Sebenarnya ini bukan sikap mama.
Mama sakit kepala kalau marah.
Tapi semakin hari mama semakin suka marah dan biasanya Easter yang jadi mangsa.
Mama tau, mesti sakit tangan Easter bila mama cubit.
Mama pun sedar, Easter sakit kaki bila mama pukul. Sakit sgt sampai jatuh barang2 yang Easter pegang.
Bila Easter tak dgr cakap, mama tolak kepala Easter. Sungguh bukan perbuatan yang baik kan?

Mama cuba cari punca.
Adakah faktor persekitaran kerja membuatkan mama menjadi baran?
Atau faktor Easter sudah ada adik baru? Mama stress?
Atau faktor hormon? Kenapa dengan hormon mama?
Atau mama dirasuk syaitan?

Easter anak yang comel dan pintar.
Cuma mama je yang kurang kesabaran melayan karenah Easter yang kadang2 mengada2.
Maafkan mama.
Mama akan cuba perbaiki kelemahan mama.
Jom kita jejalan sayang..
Kita makan roti canai di kedai mamak.
Kita pergi zoo. Nak?
Cayang anak mama. I love u so much!


5 ulasan:

♥ Wina ♥ berkata...

Syl, dilemma kite sama..wina pun sejak ade Syakil nie, kerap naik tangan & mrah Kira...selalu dia yang jd mangsa sebab fikirkan dia tu kakak, yang Syakil tu kecik lagi x tau pape

bile tgk dia nangis, wina jadi sedih & mintak maaf dengan dia uhuhuhuuu

dhr berkata...

ala, jgn la...kesian la tgk dia :(

hernyhafiz ^_^ berkata...

Sedihnya baca...i pun sama...

Myluv - Syl berkata...

oh.. saya yg menaip entry ni pun takleh nak baca semula. bergelinangan air mata. tapi saya bukan gagal. cuma cuai. saya akan perbaiki diri saya.

Dalila Yusof berkata...

tak sangka semua orang alami benda sama..bese kakak akan mengada-ngada lebih sbb nak perhatian takut kita da xsyg.. cara terbaik..involve anak semua benda yang kita buat..bermain dengan adik, masak, mengemas rumah. anak akan jadik lagi rapat dan mendengar kata.. pesanan untuk diri juga.. kalau rase tensen l\lepaskan pada aktiviti fizikal..kemas rumah..basuh bilik air.. so xlepas kat anak..