Salam Sejahtera dan Selamat Datang

Ini adalah blog peribadi. Apa yang saya tulis adalah dari pengalaman atau pendapat saya sendiri kecuali saya nyatakan sumbernya. Mohon maaf kalau ada yang berkecil hati. Sila beri teguran jika ada yang tidak betul. ^_^


Pengikut

Isnin, 9 April 2012

Risaunya Bila Anak Sakit - Demam Virus

Adudu,, lepas sorang.. sorang anak Syl warded.
Syl naik segan dgn kawan2 di office. Kerja Syl bertimbun tak siap gara2 Syl asik cuti.
Semoga dorang faham. Terima kasih sebab cover Syl sepanjang Syl bercuti.
"Bercuti jaga anak ye..."
Syl bawa dak Easter ke klinik pada hari kedua dia demam.
Doc kata, demam tak panas sgt. Tapi dia muntah2 dan cirit birit.
Jika 48 jam dah on antibiotik tapi masih demam memang kena bawa ke hospital.
So, dak Easter telan antibiotik..
(dak Easter sangat mudah telan ubat. tak macam dak AG)
Selepas 48 jam. dak Easter masih demam, muntah2 dan cirit-birit.
Malah suhu mencecah 40.2 darjah celcius.
Enchek Papa tak banyak soal terus hantar kami gi Klinik Kesihatan Tanglin.
Syl gitau doc, anak demam dah banyak hari. Suhu tinggi walaupun dah on antibiotik.
Nurse yang amik suhu Easter pun kata suhu Easter 40 lebih.
Doc bagi paracetamol, buat blood test dan buat sponging lebih kurang 1 jam.
Lepas 1 jam, check suhu lagi. hanya turun sikit tapi masih panas. 39.9 darjah.
Demam tak respon dengan paracetamol. Sponging pun tak membantu.
Bila result darah keluar, platlet 178 dah darah putih rendah.
Normalnya platlet kita 200 ke atas.
Kalau bawah 150 confirm denggi.. tapi easter 178. maybe nak kena denggi kata doc.
Doc dari KK Tanglin refer Easter ke Bahagian Paediatrik, HKL.
-
-
-
Doc KK Tanglin Sedang Tulis Surat Refer Ke HKL
-
-
-

Walaupun demam panas, anak mama masih cantik.
Sampai kat HKL.. doc taknak ambik risiko. Easter perlu warded.
Doc kata.. kena amik darah 6 jam sekali untuk pantau samada denggi atau tak.
Susahnya doc Nak Cari Urat.. Habis 'ditebuk' tangan dan kaki. Meraung dak Easter
-
-
-
Pengalaman buruk.. dak Easter diberi katil bercantum dengan pesakit lain.
... tak cukup katil kot. Sedih..... (Wad KK2, HKL)
Tapi syukur.. dak Easter bukan denggi.
Dia demam virus. (doc kata, demam virus simptom sama cam denggi. sama bahaya).
Sempat jugak 2 malam bermalam di HKL.
HKL ni perkhidmatan doc dan nurse bagus.. tapi pesakit terlalu ramai. memang tak selesa.
ohhh.. KK Tanglin pun bagus. Perkhidmatan doc dan nurse yang mesra.

1 ulasan:

Mala @ Mama Sapit berkata...

cian Easter....cpt2 sembuh k...:)